EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Semua bebas bagi komen. Tunang Intan ulas isu foto basah dengan Zul Ariffin

0 month ago, 09-Nov-2019

Selepas tersebarnya foto-foto mesra antara Intan Najuwa dan juga Zul Ariffin di media sosial, beberapa pihak yang terkait telah mengeluarkan kenyataan masing-masing.

Paling mengejutkan adalah penerangan daripada pengarah drama lakonan Intan & Zul Ariffin iaitu Osman Ali yang menafikan foto berani mereka berdua terkandung dalam skrip drama arahannya.

Paling dinanti oleh setiap netizen adalah kenyataan balas daripada tunang kepada Intan yang semestinya terkesan dengan penyebaran foto mesra tunangnya dengan lelaki lain.

Menerusi Mstar, Razrul Anwar Rusli, 38 menyatakan pendiriannya yang enggan mengeluarkan sebarang komen berkenaan foto-foto tersebut.

About the photo? Sorry saya tiada apa nak komen.

This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam.

Sebelum ini, Intan Najuwa pernah membuat kontroversi sama dengan foto angkat-mengangkat dengan pelakon lelaki yang berlakon dengannya. Disebabkan hal tersebut, tunang kepada Intan telah memuat naik IG story seolah-olah kesal dengan perlakuan itu.

Intan Najuwa dan Razrul Anwar Rosli telah mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2019 bersempena dengan sambutan hari lahir pelakon tersebut yang ke-22. Jarak usia 16 tahun bukan penghalang untuk mereka berdua disatukan kelak sebagai suami isteri.

Pertunangan yang serba eksklusif itu diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru disaksikan kedua-dua belah keluarga dan dijangka akan disatukan kira-kira enam bulan dari tempoh bertunang.

: Mstar

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...