EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Semua PKRC adakan aktiviti berselawat setiap Jumaat bermula esok

0 month ago, 10-Jun-2021

Semua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara akan mengadakan aktiviti PKRC Berselawat secara serentak pada setiap Jumaat jam 7 pagi, bermula esok.

Menurut satu kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di laman Facebook, PKRC Berselawat adalah salah satu ikhtiar dalam mendoakan kesejahteraan negara yang sedang berdepan pandemik Covid-19.

Selain itu, ia juga dapat menyemarakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan petugas dan pesakit di PKRC.

Program pengisian rohani ini juga turut diharapkan dapat menyemarakkan semangat dan memberi kekuatan kepada petugas barisan hadapan dalam meneruskan perjuangan memerangi pandemik COVID-19 ini.
Semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama mengimarahkan aktiviti berselawat di tempat masing-masing,tulis Nadma.

Rata-rata warganet menyambut baik pelaksanaan program tersebut sekali gus dapat mengumpul pahala dan memberi keinsafan dalam diri masing-masing.

: Facebook Nadma



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...