EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sempena Hari Lahir Siti Sarah, Shuib Berita Hadiah Mewah Kepada Isterinya. Ini Hadiah Mewah Tersebut

0 month ago, 15-Sep-2020

Petaling Jaya 15 Sept.- Seutas jam mewah berharga puluhan ribu ringgit menjadi hadiah buat penyanyi Siti Sarah Raissuddin sempena sambutan hari lahirnya semalam. Dihadiahkan suaminya sendiri, kata Sarah sepanjang perkahwinan mereka ini merupakan hadiah paling mahal yang pernah diberikan suaminya yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu.

Saya bukanlah sejenis yang materialistik, kalau orang tak berikan memang saya tidak akan beli.

Tambahan pula saya memang tidak suka pakai aksesori di tangan. Jadi selepas ini kenalah pakai jam yang diberikan Shuib,katanya ketika ditemui Utusan Online semalam.

Berkongsi harapan sempena ulang tahun kelahirannya yang- 36, kata Sarah tiada apa yang diharapkan agar dia dan keluarganya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Semoga saya terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan.

Moga saya terus dapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan, katanya yang popular menerusi lagu Semakin.

Sementara Shuib pula memberitahu hadiah jam tangan itu diberikan dalam menghargai usaha isterinya dalam bidang perniagaan.

Isteri saya mempunyai masalah dalam aturan masa, jadi dengan pemberian jam ini harapnya dia boleh uruskan masa dengan lebih baik.

Selain itu juga jam tangan ini sebagai tanda aras kepada kegigihanya dalam bidang perniagaan. Ikutkan sebelum ini saya sudah mahu tutup salah satu perniagaanya.

Tetapi Sarah berkeras mahu meneruskan perniagaan kosmetik miliknya dan hasilnya perniagaan ini terus berkembang dengan baik kini,katanya.

sumber utusan malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sempena Hari Lahir Siti Sarah, Shuib Berita Hadiah Mewah Kepada Isterinya. Ini Hadiah Mewah Tersebut Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...