EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sempena birthday, MUA Bellaz edar karipap free buatan sendiri untuk ibu2 hamil

0 month ago, 08-Apr-2021

Bagi peminat dunia solekan, pastinya mengenali jurumekap terkenal MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini yang sememangnya akrab dengan peminat.

Selepas berhasrat mahu menaja seorang pengantin yang dianaiya mak andam dengan mekap dan baju busana perkahwinan baru, kali ini MUA Bellaz sekali lagi membuat kebaikkan sempena ulang tahun kelahirannya.

Dalam posting terbaru Bellaz di Instagram, dia telah memuat naik beberapa foto bekas makanan yang terisi karipap pusing frozen yang akan diedarkan secara percuma kepada ibu-ibu hamil.

Apa yang menariknya, jurumekap tersebut memaklumkan bahawa karipap-karipap itu dibuat olehnya sendiri dibantu suami dan beberapa orang lagi secara manual di rumah!

Selain itu juga, Bellaz memaklumkan bahawa apa yang dilakukan bersama suami adalah ikhlas bagi memenuhi hasrat ibu-ibu hamil yang teringin mahu merasai sendiri karipap pusing buatannya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan selebriti media sosial itu yang sangat bermurah hati memberikan hasil air tangannya sendiri kepada orang ramai.

Mereka juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat MUA Bellaz dan mendoakan agar dia dan seluruh ahli keluarga dimurahkan rezeki.

: Mua Bellaz



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...