EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sempat muat naik status di IG, pemuda alami microsleep maut kemalangan

0 month ago, 29-Jun-2020

Memandu atau menunggang motosikal dalam keadaan mengantuk sememangnya satu perkara yang sangat membahayakan. Hal ini bukan sahaja boleh mengakibatkan kemalangan, malahan boleh mengundang kepada kehilangan nyawa.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter apabila rakannya meninggal dunia semasa sedang menunggang motosikal kerana mengalami microsleep ketika berada di jalan raya.

Menurut FazliRashid97, rakannya yang dikenali sebagai Amin Faizz telah meninggal dunia dalam kemalangan jam 3 petang semalam semasa dalam perjalanan dari Kluang, Johor menuju ke UPM sebelum motosikalnya terbabas di Linggi, Negeri Sembilan.

Allahyarham turut sempat memuat naik status di IG story miliknya dengan mengatakan bahawa sudah dua kali mengalami microsleep dan terpaksa memberhentikan motosikal.

Namun, tanpa disangka status tersebut adalah perkongsian terakhirnya apabila dia benar-benar terbabas disebabkan perkara itu sehingga kehilangan nyawa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian pemuda itu. Mereka juga sempat berkongsi kisah berdepan dengan microsleep ketika sedang memandu.

Kebanyakkan menyedari bahawa microsleep ini sangat berbahaya dan kejadian tersebut selalunya berlaku dengan begitu pantas tanpa kita sedari.

: FazliRashid97


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...