EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak sempat sambut raya, wanita dakwa guna kabel polis rentas negeri disiasat

0 month ago, 23-May-2020

Sejak semalam, tular mengenai seorang wanita yang dikecam hebat oleh netizen gara-gara menghebohkan perihal dia berjaya pulang ke kampung, di Dungun, Terengganu, dengan menggunakan bantuan istimewa daripada polis.

Walhal pihak polis sudah memaklumkan, bahawa pihak mereka tidak memberi sebarang layanan istimewa kepada wanita terbabit, sebaliknya dia dibenarkan pulang kerana berlaku kes pecah masuk di taska miliknya.

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian di Facebook, Polis Daerah Dungun, difahamkan wanita yang merupakan pemilik taska sedang disiasat berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, wanita itu telah mendakwa berjaya mendapatkan bantuan polis untuk merentas negeri pulang ke kampung, menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Menurut pendapat netizen pula, tindakan wanita itu sebenarnya sedikit sebanyak telah memberikan imej buruk terhadap pihak polis.

Justeru, sebelum nak kongsi sesuatu di media sosial, kenalah fikir buruk baiknya terlebih dahulu.

: Polis Daerah Dungun


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...