EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak sempat tiba di hospital, wanita bersalin di sekatan jalan raya

0 month ago, 11-Jun-2021

Tidak sempat tiba di hospital, seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching Samarahan, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mujur ada dua anggota polis tersebut iaitu Lans Koperal Noor Fatihah Azelam dan Koperal Perakson Jennie yang sedang bertugas membantu proses bersalin.

Lans Koperal Noor Fatihah berkata, dia bergegas menghampiri kereta berkenaan dan melihat wanita itu sudah melahirkan anak.

Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,katanya yang turut dibantu Koperal Perakson yang menyelimutkan bayi terbabit.

Difahamkan, suami wanita itu dalam situasi panik ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum terus memandu ke arah SJR bagi mendapatkan bantuan.

Foto sekitar kejadian itu tular di media sosial dimana rata-rata warganet terharu dengan jasa dua anggota polis tersebut yang sedia berkhidmat tidak kira masa dan tempat.

: Harian Metro (Norsyazwani Nasri)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...