EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tak sempat balik rumah, dua anggota polis maut dirempuh lori lepas selesai tugas

1 month ago, 06-Nov-2019

Tiada siapa yang menyangka bahawa hari ini merupakan hari terakhir dua orang anggota polis menjalankan tugas, sebelum kedua-duanya terlibat dalam kemalangan maut.

Dilaporkan, kira-kira pukul 5,30 pagi tadi dua orang anggota polis L/Kpl Saifullah Bin Mohamad dan L.Kpl Mohamad Johari Bin Rosli maut dirempuh sebuah lori membawa roti.

Dimaklumkan, dua anggota polis tersebut bersama beberapa lagi anggota lain sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh.

Menurut maklumat yang diterima, lori terbabit hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri jalan menyebabkan tiga daripada lima anggota polis mengalami kecederaan, manakala seorang lagi sempat mengelak.

Difahamkan, kesemua yang tercedera termasuk pemandu lori roti telah dikejarkan ke hospital Sultan Ismail (HSI), bagi mendapatkan rawatan segera.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kes akan disiasatmengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

: Harian Metro

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...