EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Semoga Wany Hasrita cepat sembuh

33 month ago, 04-Mar-2018

PENYANYI wanita yang popular dengan lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pada 7 pagi tadi kerana dijangkiti Influenza B.

Menurut ibunya, Norita Jaafar, 57, Wany sudah lima hari demam panas, namun masih menggagahkan dirinya untuk membuat persembahan demi komitmen.

"Sudah lima hari Wany demam on off. Selalu lepas makan ubat, demam dia akan kebah. Tapi kali ini dia sihat sekejap saja selepas makan ubat tahan sakit.

"Dia mula rasa tidak sedap badan ketika membuat konsert di Kedah. Tetapi Wany anggap mungkin kerana dia letih. Oleh kerana suara tidak terjejas, dia teruskan juga untuk penuhi undangan di Terengganu dan Johor Bahru," katanya.



Menurut ibunya, suhu badan Wany agak tinggi ketika tiba di rumah subuh tadi membuatkan Norita membawa wanita itu ke bahagian kecemasan di hospital berkenaan.

"Buat masa ini doktor akan pantau suhu Wany kerana ia agak membimbangkan. Apabila suhu kembali normal baru doktor boleh discaj," katanya.

Terpaksa membatalkan beberapa persembahan, ibu Wany menyerahkan perkara berkenaan untuk diselesaikan oleh pihak pengurusan anaknya.

SUMBER : kakigosip.com



Live Website Traffic


loading...