EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Seminggu Seblum Aku Bersalin Mak Mertua Sengaja Ajak Suami Pegi Umrh. Aku Doa Dia Tak Jadi Pergi Tapi Hampa, Selepas Tu Aku Terdengar Mak Mertua Cakap hal Ni

0 month ago, 23-Nov-2021

Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Bercinta tak lama, sebelum ni pun tak pernah nak bercinta dengan sesiapa.

Berkawan tu adalah. Dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan suami yang sekarang ni.

3 bulan pertama berkahwin semuanya berjalan lancar. Bahagia. Segalanya berubah bila ada campur tangan pihak ketiga dalam rumah tangga kami tak lain tak bukan mak mentua yang dikasihi.

Aku anak kedua dari tiga beradik perempuan semuanya. Ayah aku adalah pesara kerajaan manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa.

Kami datang dari keluarga yang sederhana dari segala segi walaupun ayah aku lebih dari mampu. Dah terbiasa seadanya.

Ayah jenis yang bertanggungjawab, tak pernah lagi kami adik beradik bercatu makan.

Ini adalah kerana disebabkan sikap ibu dan ayah yang gemar berjimat cermat. Kami jarang makan di luar, sangat jarang.

Kalau berjalan jauh kami lebih selesa makan bekalan yang dimasak dari rumah sahaja. Dah terbiasa.

Oh, lupa kami berasal dari negeri yang terkenal dengan adat, adat perpatih. Berbeza dengan keluarga suami yang berasal dari keluarga yang biasa biasa berasal dari selatan tanah air.

Ayahnya bekerja kampung manakala ibu pula menjual kuih muih bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

Mempunyai 6 adik beradik, 4 lelaki dan 2 perempuan. Suamiku anak yang ke-4 dan merupakan anak kesayangan bondanya.

Aku menerima lamaran suamiku setelah berbincang dengan ayah. Ayah aku merestuinya.

Ayah dan ibu tidak pernah memaksa kami adik beradik untuk membuat sesuatu keputusan tetapi sebaliknya ayah dan ibu lebih gemar memberi pandangan mereka dan kami sendiri membuat penilaian dan keputusan.

Sekiranya perlu, barulah ayah dan ibu campur tangan tapi amat jarang sekali. Itu menjadikan kami, anak anak lebih berdikari.

Keluarga aku mencadangkan tidak perlu bertunang, terus buat majlis nikah yang ringkas dan kenduri.

Wang hantaran ayahku minta ikut kemampuan pihak lelaki. Tak perlu sampai buat personal loan untuk kenduri kahwin memandangkan ayah ku tahu kedudukan keluarga sebelah suami.

Namun ibu mentua yang beria sangat menetapkan jumlah wang hantaran sendiri memandangkan kata dia aku berkelulusan ijazah. Dengan rela hati keluarga suami menawarkan hantaran RM10,000.

Cadangan ayah untuk buat kenduri sekali dengan pihak lelaki juga ditolak mentah mentah.

Ayah concern dengan perbelanjaan perkahwinan pihak lelaki. Tak apalah itu kehendak mereka. Ikut aja.

Aku tak tahu rupanya ada konflik, untuk majlis perkahwinan kami antara pihak mentua dan ibu ayah aku.

Senyap senyap ibu mentua berjumpa dengan ibu dan ayah sebelum majlis di adakan dan maklumkan kerisauan dia sekiranya anak kesayangan beliau berkahwin dengan anak jati Negeri Sembilan ni akan tinggallah sehelai sepinggang.

Kata dialah. Ayah dengan tenang terangkan kedudukan yang sebenar, bahawasanya harta benda milik suami takkan berpindah milik kepada isteri tak tentu pasal.

Patutnya orang yang berkahwin dengan orang Nismilanlah beruntung dapat tumpang kemewahan harta hak milik isteri (anak perempuan) yang diwarisi turun temurun.

Bukannya ambil hak milik orang lain, tapi harta yang diwarisi turun temurun daripada ibunya khas untuk anak perempuan.

Dan bangkit juga isu, disebabkan aku dan kakak sulung serta adik bongsu. Kami nak melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada tarikh yang sama pun dihalang oleh ibu mentua.

Katanya untuk adat mereka adalah petanda tak baik, nanti jodoh tak panjang sama ada kami bercerrai atau pun berpisah mti.

Astaghfirullah al-Azim. Itu pun ibu dan ayah pecah rahsia selepas 3 tahun kami berkahwin (ada konflik) atas alasan nak kekal harmoni.

Kalau nak ikutkan adat perpatih, orang luar nak berkahwin dengan orang negeri ni lagi payah. Tapi kami takda pun nak praktikkan adat yang akan menyusahkan pihak lain.

Majlis perkahwinan berjalan lancar walaupun ibu mentua mendesak majlis nikah dan resepsi kami adik beradik dijalankan berasingan.

Ibu bapa kami bertimbang rasa demi menjaga hati pihak lagi satu majlis pernikahan sahaja yang dijalankan berasingan.

Manakala majlis menyambut menantu di adakan sekali walaupun mendapat tentangan dari ahli keluarga pihak lelaki( mak saudara pun masuk campur).

Masa majlis nikah, mak mentua aku ni menangis bagai nak rak. Sebabkan aku ni jenis manusia positif, aku beranggapan perkara tu normal. Beza ibu dan ayah aku, nampak ceria di wajah mereka saat kami di satukan.

Ibu kata mak gembira anak mak memulakan hidup berkeluarga.

Di awal perkahwinan kami bahagia. Memang la ikutkan aku berjawatan lagi tinggi daripada suami, tapi atas didikan mak ayah, aku hormatkan suami.

Mak ayah pun selalu pesan, patuh perintah suami selagi mana suami tidak meminta sesuatu yang melanggar syariat.

Suami bila berkahwin dengan aku, dia memang cuci kaki. Rumah aku dah beli, peralatan rumah semua dah lengkap.

Gaji aku pada masa tu RM6000, manakala suami bergaji separuh dari gaji aku. Tapi itu bukan alasan. Komitmen bulanan aku selain kereta, loan ASB, loan untuk 2 buah rumah.

Suami memberi aku nafkah diri sebulan RM300, ansuran bulanan kereta aku dia sumbang RM300, bil utliti semua suami uruskan. Termasuk makan pakai aku. Selama 3 bulan.

Dan aku ingatkan suami untuk beri sumbangan untuk kedua ibu bapa dia. Berapa dia nak bagi terpulanglah, asalkan ikut kemampuan dia.

Dah jadi kebiasaan bila aku pulang ke kampung menziarah ibu dan ayah pasti aku bawakan provision makanan.

Sama juga keadaannya bila balik ke rumah mentua. Sebulan paling kurang dua tiga kali balik kampung mentua di selatan tu.

Aku ni ikutkan jenis tiap tiap minggu balik kampung jenguk ibu dan ayah kat kampung yang memakan masa perjalanan sejam setengah.

Tapi bila dah berkahwin aku masih boleh bertolak ansur bila suami ajak balik kampung dia.

Kan aku jenis positif, since aku tengok mak mentua ni macam susah sangat nak lepaskan anak lelaki dia ni aku layankan saja. Itu pun mak mentua kata aku lebihkan keluarga aku. Keja nak lebihkan mak ayah aku aje.

Masalahnya tiap tiap minggu dah balik kampung dia saja. Aku pun ada mak ayah. Tapi hubungan aku dengan mak ayah dan adik beradik aku dah makin jauh. Aku dah jarang jarang balik ke kampung. Jarang sangat.

Walaupun boleh saja kalau nak balik kampung suami singgah kejap. Tapi tu laaaa ku pendam rasa bila aku ditohmah macam macam.

Setiap kali balik, dia akan sebut, Dah tua nanti anak lelaki aku bukan nak jaga aku. Elok lah aku duduk rumah orang tua saja.

Anak aku ni pakat dok kahwin dengan orang negeri pulak tu. Mana hingin nak jaga aku yang tua ni. Eloklah aku mti cepat.

Bila ibu mentua sebut perkara ni di hadapan aku, akan aku nasihat elok elok, gosok gosok belakang mak mentua aku tu mulalah dia drama air mata.

Aku cakap, Cakap perkara yang elok elok saja mak. Kata kata seorang ibu doa, setiap perkataan yang kita lafazkan.

Mak doa perkara baik minta jauhkan perkara tak baik. Insha allah. Allah jaga mak. Lagi dia menangis.

Macam aku share tadi aku dah terbiasa beli provision. Malah toiletries ( ubat gigi, shower gel, bath lily, berus gigi) serta sabu cuci pinggan mangkuk, sabun cuci pakaian semua aku siap beli. Sebab dah terbiasa, takkan balik kampung lenggang kangkung kan?

Provision yang aku beli tu dia suka sangat jerit kuat kuat cakap beras muka Jalaluddin Hasan yang aku beli tu dia tak makan, dia makan beras wangi saja.

Dia tak nak. Minyak masak saji yang aku beli tu pun dia tak hingin. Pedih telinga aku dengar.

Pertama kali aku kena, memang aku nangis. Sebab mak aku seorang yang lemah lembut takde cakap kasar dengan anak anak macam mak mentua aku ni.

Seingat aku tak pernah mak menjerit terpeki pekik waima keluarkan perkataan yang kasar.

Aku terkejut dengan reaksi sebegitu rupa. Jadi sangat tepatlah kata orang orang tua, bila kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan suami kita. Kita berkahwin sekali dengan ahli keluarga dia.

Ada sekali tu masa di kampung suami, aku terdengar perbualan antara mak mentua dan suami.

Mak mentua persoalkan tindakan suami yang bagi aku nafkah RM300, tolong tambah bayarkan ansuran kereta aku, bayar bil utiliti and etc. Semua dia pertikaikan.

Dia upkan elaun khas daripada anak lelaki dia yang sorang ni untuk mak mentua dari RM500 sebulan ke RM1000.

Aku dengar rasa nak menangis dalam hati. Kenapa seorang ibu tergamak berbuat sedemikian, bila anak ni bertanggungjawab menjadi suami yang baik ditekankan pula dari sudut lain.

Suami aku explain, dia kata tu tanggungjawab dia. Dah rumah aku yang bayar apa salahnya dia bantu sikit kewangan aku. Mak mentua menangis, itu senjata dia. Suami aku memang kalah bab ni.

Bulan berikutnya suami menjelaskan dia tak mampu nak bagi aku banyak, dia cut duit nafkah aku, bayar bil and etc. Aku cakap, takpa aku faham. Tak salah dia nak bantu mak yang besarkan dia.

Aku positif lagi sebab aku fikir betapa payahnya mak ayah nak besarkan anak anak ni. Aku cakap aku redha. At least ada daripada takda.

Dan suami aku pun explain dia ada buat personal loan sebulan RM800 untuk buat rumah keluarga di kampung dan juga untuk majlis kahwin kami.

Suami cerita ikutkan rumah dia yang asal takda pintu pun, tutup guna zink saja. Lepas dia bekerja, buat loan dan perbaiki rumah mak dia ni.

So aku nampak la suami aku ni memang sayang mak ayah dan keluarga. Dia memang baik. Patutlah mak dia sayang lebih.

Aku dok perhati anak lelaki yang lain suka membantah apa cakap mak mentua ni. Suami aku ni jenis yang ikut saja apa mak dia cakap.

Semakin lama kami berkahwin makin aku kenal attitude keluarga dia. Berbelanja lebih dari kemampuan.

Keluarga aku yang sederhana pun takda boros berbelanja. Selagi boleh jimat kami jimat. Lebih kepada simpanan di masa kecemasan dan akan datang.

Mak ayah aku ni jenis berjimat takda heran pun dengan barang berjenama dan mahal. Asalkan barang tu berbaloi beli dengan harga yang paling ekonomi. Berbeza dengan keluarga sebelah mentua.

Ikutkan mereka berasal dari keluarga yang susah, pencuci pinggan pun ada hati nak guna jenama Amway. Bayangkanlah macam mana?

Bercuti sana sini walaupun mereka tak mampu. Setahun ntah berapa kali bercuti adik beradik dia semua kerja makan gaji dengan jawatan yang biasa biasa.

Maksudnya income semua bawah RM3000 tapi berbelanja bagai nak rak. Selalu keluar makan luar, bila nak bayar mesti tolak kat suami aku.

Then suka bercuti berhuhu sana sini. Pada aku boleh nak bercuti, at least plan awal. Jangan main redah saja.

Bila main redah ni lah yang selalu aku tengok suami aku yang semak, bengkok. Mana mak dia nak pergi berjalan, dia ikut saja.

Lama kelamaan, suami yang aku kasihi ni dah abaikan tanggungjawab dia. Nafkah aku memang dia tak terbagi lagi begitu juga dengan yang lain lain.

Mula-m mula macam biskut chipsmore, kejap ada kejap takda. Lama kelamaan langsung tak da dah.

Tapi itu pun aku tolak ansur lagi, takpela dia nak bahagiakan hati mak dia. Bukan orang lain. Tapi benda ni lah yang makan diri aku balik. Makan hati berulamkan jantung. Lagi dan lagi.

Mak mentua aku ni kuat cemburu, apa aku ada dia nak. Kalau datang rumah aku, tengok aku ada perkakasan elektrik baru dia nak juga. Sampai la ke kain cadar rumah aku pun dia boleh jadikan cerita.

Tapi yang tak best keluarga suami aku selalu tohmah aku. Kata suami aku ni manjang takde duit sebab isteri dok minta belikan itu ini.

Pada hal, ikutkan, semua aku beli guna duit sendiri. Selalu aku payungkan dia orang lagi adalah.

Dia orang ni termasuk mak mentua aku ni kalau dok membawang tu tengoklah kiri kanan, depan belakang. Ni tak, main bawang saja. Aku tengah jemur kain pun boleh dengar dia orang punya bawang.

Mula mula tu memang sedih, nak pulak aku dah kawin dua tahun tak beranak lagi. Tu pun jadi isu.

Tapi lama lama bila ko ni seorang yang positif, dan kena bawang ko jadi lagi kuat. Sado orang kata. Imun beb. Ko nak kata apa, katalah. Aku tak harapkan puji pujian pun. Allah tahu apa yang aku buat.

Bapa mentua aku ni baik. Dia selalu back up aku kalau mak mentua aku dok marah aku, ada benda tak puas hati ke.

Bapa mentua aku ni la keje back up aku. Kadang bapa mentua aku balik yang kena sergah.

Suami aku memang dia akan diam saja kalau aku kene fire. Aku tengok muka suami aku pun serba salah bila mak dia buat perangai tu.

Aku ni bukan menantu favourite. Aku yang selalu payung mak mentua pun dia nyampah ngan aku. Sebab dia rasa aku ni abiskan duit anak dia.

Kalau aku belikan baju raya, sama ada baju siap ke, kain pasang ke, tudung ke, handbag ke, sandal ke semua tu dia takkan pakai.

Dia akan sedekahkan kat orang lain. Macam biasa, mula mula saja aku sedih lepas tu aku tabahkan hati.

Lain pula cerita kalau menantu yang lain bagi hadiah, bukan main puji. So nampak sangatlah dia memang tak suka aku.

Dalam kes aku ni, wang ringgit dan harta benda memang tak dapat beli kasih sayang mak mentua aku ni.

Bila tiba waktu memasak, memang skrip biasa dia dok cakap kat anak menantu yang lain. Kalau kahwin dengan orang nismilan ni mesti hidup selai sepinggang. Itulaa dia keje repeat.

Aku cakap alhamdulillah saja la dalam hati. Aku sentiasa hadiahkan al fatihah untuk mak mentua aku ni. Takpalah mak.

One day, aku beli tanah lot kat kampung. Biasala asal ada orang kampung nak jual tanah mesti ayah aku tanya anak anak dia siapa yang berminat nak beli.

Orang kat sini kadang anak sambung belajar ke, anak nak kahwin ke dia orang jual tanah.

Aku beli, then aku buat rumah dua biji. Takde la besar, kecik saja. Boleh la buat rumah sewa untuk duit tepi. Masa ni mak mentua aku meroyan sakan. Melalak macam orang tak betul.

Sebab pada dia, bila aku orang nismilan ni buat rumah, anak laki dia takkan balik kampung lagi jenguk dia.

Pada hal kalau ikut kalendar Islam ke Masihi ke aku rasa dah tiap tiap minggu keje balik kampung suami aku saja. Yeala, orang kampung dia saja reti buat kenduri tiap tiap minggu.

Aku tau ibu ayah aku kadang kecik hati dengan aku sebab lebihkan keluarga mentua. Sedih gak, tapi apalah dayaku.

Aku rasa, episode apa lak nak datang ni. Hari hari nangis telefon anak dia ngadu domba.

Suami aku ni pun satu, semua benda nak cerita ngan mak dia. Kalau mak tu jenis boleh fikir logik tu takpa.

Suami aku ni pun satu, semua benda nak cerita ngan mak dia. Kalau mak tu jenis boleh fikir logik tu takpa.

Aku malas la nak cerita kat semua orang, tanah tu beli guna duit dividen ASB yang menabung sejak aku start keje lagi.

Kan aku dah cakap, keluarga aku memang jenis suka menabung tak suka membazir kepada benda bukan keperluan ni.

Bayangkan duit simpanan aku daripada baby sampai usia aku 18 tahun dalam bank aku dah ada RM25,000(termasuk dividen).

Mak aku pandai simpan duit untuk anak anak. Sampai semua benda ke aku kena explain kat mak mentua aku ni, rimas pun ada juga. Lemas pun ye.

Lebih kurang sebulan mak mentua aku dok meroyan pasal rumah aku tu. Aku dah explain aku takde guna duit anak dia sesen pun. Tapi dia tetap tak nak percaya.

Tu belum bab cite cuti hari raya. Raya pertama memang dah jadi tradisi kat kampung suami saja la. Aku follow saja la. Tapi takkan lah sampai raya ke-3, ke-4, ke-5, ke-6 pun nak sauk kat sana je?

Aku pun ada keluarga. Kadang kita baru sampai kampung aku, mak mentua dah call tanya bila nak balik.

Kata Mak su ni buat makan makanlah. Minum minumlah. Buat BBQ la. Macam keluarga dia saja ada mak su. Aku ada ibu dan ayah lagilah. Timbang rasa laa sikit.

Dari Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Raya Deepavali semua plak dia nak celebrate. Dah ibu ayah aku, adik beradik aku ni macam mana?

Mak mentua aku ni kalau boleh dia nak anak dia nikah dengan orang sekampung. Dia puas hati bila tiap tiap majlis semua anak menantu dia ada.

Kalau sorang takda memang muncung sedepa, lebih lebih lagi suami aku ni. Suami ni pula jenis gelabah, tak boleh dengar mak dia nangis sikit, mulalah muncung. Buat muka.

Lama kelamaan aku pun takde mood nak layan ragam macam tu. Aku suruh saja dia balik pergi tatap muka bonda dia puas puas. Aku pun ada emosi untuk diuruskan juga.

Kadang kadang aku terfikir, apsal aku nak buat baik dekat orang jenis macam ni. Dia memang tak nak dan tak pernah nak hargai aku.

Aku kesian sebenarnya dengan kehidupan dia, susah. Bangun pagi buat kuih. Tapi gaya hidup dia terlebih pulak aku tengok macam mak datin. Nak gelang emas lah, hand bag mahallah.

Ibu aku tu kalau aku hadiahkan hand bag harga RM800 pun dah bising kata jangan membazir.

Mak mentua aku kalau aku bagi dia hadiah, dia cemuhnya kata bag tu buruk. Tapi kalau ipar aku bagitau rege bag tu reti pulak dia pakai. Yang pasti dia guna beg tu bila tak keluar dengan aku.

Mak tak tau menantu yang mak benci ni tiap tiap bulan bayarkan bil elektrik dan bil air mak, tambah akaun astro mak yang ada dua via jompay. Sebab mak suka on saja tv dekat dapur tu bila mak buat kerja kat dapur.

Sebab bila aku hulur duit belanja dekat tangan dia tiap kali balik RM100 dikatanya nak buat taik gigi pun tak dapat, baik tak payah bagi.

Tu kata dia. Aku chill je, tak nak takpa. Aku kasi kat ayah mentua aku untuk dia simpan duit dalam tabung haji.

Ayah mentua aku pun tau aku yang dok bayar semua bil bil tu. Kadang kesian kat ayah mentua ni, selalu sangat kena herdik dengan mak mentua. Sabar betul dia.

Satu hari, aku dapat tau suami aku dapat tukar kerja ke kampung halaman dia. Aku pelik juga. Aku tanya dia minta tukar ke, dia ditukarkan??? Dia senyap saja.

Aku call jabatan berkaitan. Dan jawapan yang aku dapat adalah amat mendukacitakan hati aku. Kenapa dia tak bincang dengan aku??? Sedih sangat hati aku masa tu.

Berderai jatuh ke lantai. Dah kenapa suami aku ni? Biar betul nak berjauhan dengan aku? Aku terfikir aku ni siapa?

Sampai keputusan nak minta tukar bertugas di kampung sendiri tu takde langsung nak bincang dengan isteri sendiri. Then aku dapat tahu daripada mulut mak mentua aku sendiri, dia cakap,

Padan muka kau, kau duduklah rumah kau yang kau buat kat kampung mak ayah kau tu sensorang. Sambil gelakkan aku.

Allahuakbar, tabahkanlah hati hamba mu ini. Aku malas nak gaduh dengan suami aku. Maka aku kemaskan barang barang dia sambil menangis.

Aku tak boleh nak cakap sepatah apa pun sebab terlalu sebak, sedih. Ibu ayah aku dapat tahu, macam biasa, sabar saja la kakak.

Kakak buatlah surat tukar, insha Allah ada rezeki kakak. Positifnya ibu dan ayah aku ni dari aku nak meroyan aku jadi positif balik.

Aku redha ntah ke berapa juta kalinya. Tapi dalam redha, aku beri kata dua dekat suami aku.

Aku terus terang dengan dia. Aku tak tahu sampai bila aku nak hadap drama ni, aku tak kuat. Sama samalah kami menangis. Abis tu nak buat apa?

Aku cakap, takkan sebab ni aku nak minta cerrai dengan suami? Sebab hubungan kami masih baik.

Cuma yang jadi tak baik bila ada campur tangan mak mentua tu saja. Suami aku minta maaf dengan aku, sebab tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami, tak dapat nak berlaku adil.

Dia mengaku dia kalah dengan tangisan mak dia. Aku tengok dia pun kesian, tertekan dengan mak sendiri.

Aku pesan kat suami, apa salahnya say NO. Kentalkan hati. Janganlah semua benda nak ikut saja. Sampaikan dia punya sayang kat mak tu, kalau mak dia navigate jalan yang salah pun dia follow saja.

Dia cakap kat aku, abang memang tau arah jalan mak bagi tu salah, tapi abang tak sampai hati nak cakap dekat mak yang dia salah jalan.

Abang saja nak puaskan hati mak. Aku reply, Tapi abang lupa, sepanjang kita kahwin tak pernah pun abang cuba nak puaskan hati isterimu. Dia diam seribu bahasa.

Sebulan suami bertugas di tanah air sendiri, aku disahkan mengandung. Terubat luka di hati ini. Aku rasa gembira.

Kalau dulu aku selalu balik kampung mentua. Disebabkan perangai mak mentua yang tak sukakan aku ni, aku dah jarang balik kampung dia.

Sebulan sekali saja aku balik ziarah. Lagipun dia pun tak kisah sebab anak dia ada hari hari depan mata dia. Aku pun bebas balik kampung ibu ayah aku yang dah 3 tahun aku abaikan.

Selalu aku berjumpa dengan suami di kampung ibu dan ayah aku saja. Biasala orang kalau dah ada perasaan hasad ni memang tak reti senang duduk. Ada saja jalan nak kepit dengan anak dia.

Pelik aku. Bila kami dah tak menetap bersama, maksudnya PJJ bila sekali sekala balik tu pun mentua nak jeles.

Iya, kadang tak tercapai dek akal. Contoh kami sama sama keluar beli barang keperluan di pasaraya. Bila dah sampai rumah, dia ajak keluar lagi konon nak beli barang yang dia terlupa nak beli.

Nak keluar berdua saja pula tu, aku nak ikut dia marahnya aku. Balik takde pun beli apa apa. Rupanya ajak anak dia keluar makan cendol. Hahaha, kadang aku rasa kelakar pun ada.

Tak lama selepas tu, aku diuji sekali lagi. Kali keberapa juta kali. Mak mentua plan nak menunaikan umrah. Benda baik buat apa nak halangkan?

Tapi yang menjadi masalah tu tarikh dia nak berangkat ke tanah suci tu adalah minggu aku dijangka melahirkan anak sulung. And of course dia ajak suami aku yang jadi peneman dia.

Nangis lagi aku. Dah la nak beranak sulung. Mestila harapkan suami ada di sisi. Dan macam biasalah suami aku ni buat loan untuk dia dan ibu tercinta sama sama mengerjakan umrah.

Apa salahnya pergi buat umrah lepas aku bersalin ke. Nampak tak permainan dia kat situ?

Sampai tahap ni, aku dah tak mampu nak positifkan diri. Walaupun aku cuba menahan diri daripada berkata sesuatu yang tak baik.

Iyalah suami aku ni pun satu tak reti ke nak bezakan mana satu tanggungjawab dia, priority dia sebagai suami.

Hak aku sebagai isteri dia. Aku letih, sangat letih. Aku cakap kat suami aku. Hati aku sakit dan aku tak faham kenapa dia ambil keputusan yang sedemikian rupa.

Dalam sakit hati aku ni dekat mak mentua dan suami aku, aku tahan diri aku dari kata yang bukan bukan.

Dalam hati aku menahan sakit yang amat perit, aku fikirkan lagi pasal orang lain. Kang aku cakap macam macam tak tenteram pula suami nak menunaikan umrah.

Aku cakap, doakanlah untuk sayang bila abang sampai di sana. Doakanlah yang baik baik. Aku stress sebenarnya. Aku meraung sekuat hati dekat mak ayah aku.

Semua family aku sedih tengok keadaan aku. Tapi aku jadi kuat balik sebab adanya mereka beri kata kata semangat dekat aku.

Mak mentua cakap, ala nak beranak saja pun, Bukan apa pun. Aku dulu beranak dekat rumah je, kata mak mentua.

Di saat suami nak berlepas ke tanah suci menunaikan umrah aku masih berdoa, semoga dibukakan pintu hatinya menemani aku tika bersalin nanti. Hampa memang hampa.

Aku kena redha saja sambil telan air liur melihat mereka melangkah kaki dengan hati yang riang.

Pergi tinggalkan aku dan anak dalam kandungan tanpa apa apa nafkah pun. Beli baju baby sehelai pun takda. Dia tak terfikir kot.

Dah la tak nak temankan aku beranak. Singgit pun tak hulur kat aku. Sodih. Aku dah pandai mengungkit sekarang ni.

Ya, seperti yang dijangka aku bersalin tanpa kehadiran suami disisi. Aku kuat sebab anak yang aku kandung saja. Aku kuat sebab Allah ada. Aku kuat juga sebab keluarga aku sentiasa di sisi.

Ini bahagian aku. Aku nekad, aku akan didik anak lelaki aku ni untuk jadi insan yang boleh berlaku adil dan hormati perasaan insan lain.

Kalau nak ikutkan sedih memang sedih tapi aku malas nak layan sedih aku. Sepanjang proses aku mengandung, dengan perut memboyot ke hulu kilir sensorang.

Takkan la aku nak sambung sedih aku masa proses berpantang pula kan? Sepanjang proses pantang aku tinggal di rumah ibu ayah aku.

Ayah yang hebohkan ulang alik ke klinik dan hospital sebab anak aku jaundis. Hati aku tenang. Baby pun tak banyak ragam. Ketenangan jiwa aku sebentar sahaja.

Balik saja mak aji wannabe tu, dia mula lagi drama. Aku belum habis pantang dia nak suruh suami aku bawa balik baby balik kampung dia.

Maknya tak payah bawa sekali pun tak apa. Kali ni aku keras. Aku mengamuk, tak terkawal emosi rasanya.

Dengan suami aku pun aku halau balik kampung mak dia. Aku bagitau suami aku, pilih aku ke mak dia??? Masa tu aku memang macam orang hilang akal.

Macam biasa suami aku pilih mak dia. Kali ni ayah aku masuk campur. Ayah aku cakap di sebabkan keadaan tegang, masing masing tak nak beralah dan aku berdegil tak nak dengar cakap sesiapa dah.

Ayah aku minta suami aku balik rumah mak dia, tenangkan diri. Fikir masak masak. Ayah minta kami berasingan sementara waktu. (Walhal dah lama dah kami berasingan). Ambil masa untuk fikir.

Ayah akan sokong apa jua keputusan kami. Sebenarnya ayah aku pun dah tak tahan tengok aku dilayan macam tu. Dalam tempoh seminggu dua tu mak mentua dok bako line.

Dia call marah marah aku. Fed up betul. Aku call suami yang dah lama tak hubungi aku tu, aku bagitau dia aku nak pergi tenangkan diri.

Aku minta izin suami dan just bagitahu dia aku perlukan masa. Aku ajak ibu ayah aku bercuti. Bercuti tanpa pengetahuan semua orang mana destinasi yang nak dituju. Aku nak tenangkan diri.

Aku malas nak layan drama swasta mak mentua aku. Aku dan ibu ayah offline dengan dunia luar. Aku guna nombor baru khas untuk ahli keluarga aku hubungi kiranya ada kecemasan..

Aku letih. Berapa tahun aku dok melayan karenah orang lain sampai aku tak sedar aku dah sakitkan diri aku sendiri.

Aku sewa homestay kawan aku dua bulan. Memang kali ni aku nekad. Aku nak bercuti dalam keadaan tenang.

Terpaksa ibu ayah aku ikut sama. Ada juga dia nasihatkan aku, tapi ada masa ibu ayah pun geram dengan kelakuan suami dan mak mentua aku.

Balik daripada bercuti, aku dah habis pantang. Anak aku pun sihat alhamdulillah dapat dikawal sepenuhnya daripada pengaruh yang tak baik.

Aku on jer no hp yang aku guna sebelum ni. Berjuta lemon missed call. Tak cukup dengan missed call, aku dapat ribuan WhatsApp message.

Salah satu message yang buat aku lega membacanya suami aku lafazkan cerrai dalam whatsapp message saja korang.

Hebatkan jadi lelaki? Dah la tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Heboh persoalkan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya sedangkan kau lagi berdosa dengan aku.

Kegagalan kau sebagai suami kau tak nampak. Salah aku kau nampak. Aku tersenyum, aku tak sedih pun. Langsung takda perasaan sedih dalam kamus hidup aku di saat itu.

Aku enjoy. Perasaan aku seperti ada duri dalam daging yang tertusuk selama ni dapat dikeluarkan dengan jayanya.

Perasaan aku puas. Aku failkan permohonan untuk pengesahan cerrai di Mahkamah Syariah. Selesai saja semua urusan tu aku buat permohonan untuk hak jagaan anak (Hadhanah) sebab for sure nanti mesti ada pertikaian antara dua pihak. Percayalah. Alhamdulillah, aku tak pisahkan anak dan bapanya.

Aku bagi access untuk suami luangkan masa dengan anak dia juga. Nafkah anak aku tak pernah minta, kalau dia tau tanggungjawab dia bagi.

Sebulan dua kali adalah datang menziarah. Aku tak bagi akses bermalam sebab pernah terjadi tak bagi balik anak aku.

Stress nak melayan karenah dia orang. Aku boleh sabar, sabar dan sabar tapi hati aku susah nak capai tahap redha seikhlas hati tu.

Perkahwinan kami bertahan hanya dalam tempoh 3 tahun sahaja. Dah setahun aku memegang status ibu tunggal.

Ye aku wanita yang tak mampu redha, kalah dengan ujian mak mentua yang tak suka aku sebagai menantu, menantu dari Negeri Sembilan.

Dah berpisah pun mak mentua sibuk nakkan harta aku. Siapa yang kikis siapa tak tahulah. Dia kata nak tuntut keadilan bagi pihak anak dia. Nak tuntut harta sepencarian kata dia.

Tuntutlah mak, selagi mak boleh tuntut. Mak angkut perkakas rumah, sampai saya nak makan guna sudu pun takda. Hahahaha Siapalah yang tinggal sehelai sepinggang ni kan mak?

Nak tidur di rumah sendiri pun berbantalkan lengan. Terperanjat aku balik dari kursus 3 hari, rumah aku clear. Pakaian aku abis dilonggokkan diluar rumah. Mak ceroboh rumah orang mak, mencuri pula tu.

Rumah aku ada cctv ye. Barang barang rumah aku tu semua aku beli sendiri. Anak mak kahwin dengan saya cuci kaki masuk rumah saya mak.

Sebelum kahwin lagi aku dah beli barang barang rumah. Kot ye pun mencik bekas menantu Negeri Sembilan ni tinggalkan laaa tilam mak oiiiii.

Aku buat repot polis. Tau pula dia merayu minta aku tarik balik repot. Dia sikit punya gigih sewa lori ntah berapa tan, punggah barang aku.

Ikutkan takde harta sepencarian dia boleh tuntut pun. Aku beli barang aku buat salinan photostat resit (sebab kalau simpan resit original akan faded bagi tempoh yang lama) attach sekali penyata akaun bank aku. Silap silap aku boleh buat tuntutan balik.

Tapi sebabkan aku daripada keluarga baik baik. Aku tarik balik repot. Saje acah nak kasi goyang saja. Dah tarik repot, play viictim lak dia.

Dah satu kampung kecoh, aku bekas menantu hantu dari Negeri Sembilan dok pedajal dia satu keluarga. Takpelaa mak, saya bagi free barang barang pusaka saya yang mak ambil tu.

Kereta MYVi saya yang mak cakap besi buruk yang anak perempuan bongsu mak guna hari hari pergi kerja tu pun saya tukarkan nama suami mak.

Saya hadiahkan saja. Saya nak melaram dengan kereta baru saya mak. Anak mak sibuk nak memperisterikan saya balik mak.

Tapi saya tak sanggup mak. Nak tanggung semua. Mak jagalah anak mak tu macam mana mak nak jaga. Mak kahwinkanlah dia dengan jodoh senegeri. Kahwinlah anak mak dengan menantu idaman mak.

Saya nak hidup bahagia dengan anak saya, mak ayah saya dan keluarga saya. Dah 3 tahun saya menderita mak. Sayonara mak

SUmber: KRT

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Seminggu Seblum Aku Bersalin Mak Mertua Sengaja Ajak Suami Pegi Umrh. Aku Doa Dia Tak Jadi Pergi Tapi Hampa, Selepas Tu Aku Terdengar Mak Mertua Cakap hal Ni Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...