www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PRK Semenyih Penting Sebagai Kayu Ukur Sebenar Sokongan Rakyat Kepada BN

0 month ago, 13-Feb-2019


SEMENYIH, 13 Feb Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan BN dalam PRK ini penting sebagai kayu pengukur sebenar sokongan rakyat.

Kita tahu rakyat semua marah kepada Pakatan Harapan (PH) tetapi adakah mereka sekadar marah kerana marah sahaja tidak cukup. Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk undi. Rakyat harus memberi signal yang jelas… marah dengan memberi undi kepada BN agar mesej itu dapat disampaikan dengan baik kepada kerajaan PH, katanya.

Dalam hal tersebut, beliau memaklumkan bahawa segala persediaan bagi menghadapi PRK DUN Semenyih telahpun disusun rapi dan ini termasuklah kerjasama bersama Pas dan parti-parti komponen BN.

Persediaan sudah tersusun dengan baik walaupun belum hari penamaan tapi penetapan gerak kerja sudah selesai. Mesyuarat dengan Pas juga telah diadakan sebanyak tiga kali. Hari ini pula kita akan mengadakan mesyuarat bersama komponen BN bagi pembahagian tugas dan saya percaya, mulai hari ini komponen BN akan turun ke PDM yang dijaga mereka.

PRK DUN Semenyih ini amat penting dan kerana itu saya percaya Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan apa sahaja cara untuk pastikan mereka menang. Sekiranya mereka kalah, ia akan memberikan signal yang buruk kepada PH selain memberi gambaran kepada masa hadapan PH dan juga UMNO itu sendiri, ujar beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama BN negeri Selangor.

Jelas Ismail Sabri, semangat kemenangan di PRK Cameron Highlands juga sudah dapat dilihat menjelang PRK Semenyih terutama di peringkat jentera.

Justeru, semangat ini harus terus disuburkan agar ia dapat diteruskan dalam PRK ini.

Di Semenyih ini sudah pasti ianya berbeza kerana di Cameron Highlands hanya ada satu jenis pengundi iaitu di luar bandar, tetapi di sini ada tiga iaitu pengundi luar bandar, pinggir dan juga pengundi bandar.

Setakat ini, pengundi luar bandar masih kekal bersama kita cuma bagaimana dengan pengundi pinggir dan bandar ini… maka sudah pastilah pendekatannya berbeza. Kita harus mendekati mereka kerana PRK ini adalah penanda aras sebenar untuk BN dan UMNO,” ujar beliau lagi. – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts