www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PRK Semenyih: BN Patuhi Undang-undang, Sedia Peguam Pantau Kesalahan PH

0 month ago, 13-Feb-2019


SEMENYIH, 13 Feb Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) akan patuh kepada perundangan biarpun Pakatan Harapan (PH) tidak peduli tentang undang-undang sebagaimana di PRK Cameron Highlands lalu.

Kata beliau, melihat kepada cara PH apatah lagi dengan apa yang telah terjadi di PRK Cameron Highlands, sudah terbukti bahawa mereka ini tidak menghormati undang-undang.

Jelas PH adalah kerajaan yang tidak peduli tentang undang-undang… rule of law itu tidak ada dalam diri mereka. Mereka akan buat apa sahaja sama seperti di Cameron Highlands. Walaupun menyedari telah melakukan kesalahan tetapi mereka terus-terusan melakukan kesalahan.


Apatah lagi di PRK Semenyih ini mereka terdesak mahu menang. Sudah pasti mereka akan menggunakan jentera kerajaan, melakukan apa sahaja tetapi kita akan memastikan setiap kesalahan itu akan disenaraikan, ujar beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama komponen BN di bilik gerakan PRK Semenyih.

Sehubungan itu, katanya UMNO telah menyediakan beberapa orang peguam bagi memantau setiap kesalahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan pimpinan PH sepanjang tempoh berkempen di sini.

Di pihak BN, kita akan panggil semua jentera untuk beri penerangan dan memastikan kita patuh kepada Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Kita juga telah menyediakan peguam yang akan berkhidmat dari awal sehingga habis PRK ini bagi memantau setiap pergerakan PH agar kita dapat menyenaraikan setiap kesalahan yang mereka bakal lakukan,” jelas beliau lagi.

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor pada 11 Januari lalu. – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts