SEMBILAN MOTOSIKAL, BILIK KAFA DI PANGSAPURI SRI PENARA TERBAKAR
0 month ago, 19-Sep-2023

KUALA LUMPUR: Sembilan buah motosikal serta sebuah bilik Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) terbakar dalam kejadian di Blok C, Pangsapuri Sri Penara, Jalan Sri Permaisuri, di sini malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.41 malam.
Selepas menerima panggilan kecemasan pihaknya menghantar anggota dan jentera ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian pada jam 9.48 malam, kebakaran melibatkan sembilan buah motosikal.
“Enam buah notosikal musnah 100 peratus manakala tiga buah motosikal musnah 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Tambahnya kebakaran itu turut melibatkan sebuah bilik KAFA yang musnah dengan anggaran lima peratus.
Bagaimanapun kejadjan itu tidak melibatkan mangsa dan kebakaran dapat dikawal pada jam 9.56 malam.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.–AlHijrah Online