EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Sembilan mata, luar biasa: Klopp

0 month ago, 11-Nov-2019

PENGENDALI Liverpool Juergen Klopp berkata memiliki kelebihan sembilan mata ke atas Manchester City adalah sesuatu yang baharu dan memuji kesungguhan pasukannya selepas menang 3-1 ke atas pencabar utama Liga Perdana Inggeris itu di Anfield awal pagi tadi.

Jaringan Fabinho, Mohamed Salah dan Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan sebelum Bernardo Silva membuktikan kebangkitan City untuk gol tunggal pada minit ke-78.

Anda boleh lihat pada 10 atau 15 minit terakhir apabila City menjaringkan gol ia memberikan keyakinan mental dan mulai detik itu mereka mula mengawal perlawanan, kata Klopp yang pasukannya kini lapan mata mendahului Leicester City dan Chelsea.

Namun pada 70 minit sebelumnya kami mengawal perlawanan dengan intensiti dan tidak membenarkan mereka melakukan apa yang mereka ingini.

Jika ia begitu mudah, pasti banyak pasukan akan mencubanya tetapi pemain sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa.

Klopp yang pasukannya kini mempertahankan 29 kemenangan Liga Perdana menyifatkan tiga gol itu sebagai luar biasa.

Itulah yang anda perlukan untuk hari seperti ini. Anda perlu menjaringkan gol istimewa ke atas mereka dan anda perlu mempertahankannya dan itulah yang kami lakukan, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...