www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


City ada semangat melawan : Aguero

0 month ago, 17-Mar-2019


SERGIO Aguero memuji semangat melawan Manchester City selepas pasukan itu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Swansea 3-2, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dan mencerahkan peluang untuk pasukan itu merangkul empat kejuaraan musim ini.

Ada kalanya kebangkitan semula ini berlaku. Apa yang lebih penting kami layak bersaing untuk peringkat separuh akhir, kami sangat gembira. kata Aguero kepada BT Sport.

Kami sentiasa percaya masanya akan tiba, kami akan sentiasa berjuang.

City sudahpun dinobatkan Juara Liga, berada di persada Liga Perdana dan layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dan kemenangan di Selatan Wales membuatkan pasukan itu berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan.

Pasukan Liga Kejuaran, Swansea mendahului 2-0 dalam masa 30 minit separuh masa pertama menerusi jaringan penalti Matt Grimes dan jaringan menarik Bersant Celina.

Namun Bernardo Silva merapatkan kedudukan jaringan menerusi gol pada minit ke-69 dan pasukan pelawat itu menyamakan kedudukan lepas penalti yang disempurnakan Sergio Aguero menggegar palang gol dan terkena penjaga gol Kristoffer Nordfeldt untuk gol penyamaan.

City meneruskan tekanan kepada lawan dengan Aguero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 89 menerusi tandukan untuk memastikan kebangkitan dramatik pasukan itu.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts