www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Semangat baharu Harimau Selatan

0 month ago, 12-Jan-2019


Foto: JOHOR Southern Tigers

SHAFIQ TINO

Foto: JOHOR Southern Tigers

JUARA Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT) memperkenalkan jersi baharu Harimau Selatan dengan mengekalkan tajaan Nike bagi tahun ketiga bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019 pada majlis di Dataran Bandaraya Johor Bahru, hari ini.

Menariknya kali ini, tajaan kit termasuk jersi dan barangan kelengkapan pemain juga akan melibatkan pasukan di peringkat akademi berbanding sebelumnya hanya kepada JDT hingga JDT IV sahaja.

Berbanding tahun sebelumnya, JDT kali ini hanya menggunakan dua variasi kit iaitu merah berbelang biru (jersi rumah) dan ungu (jersi pelawat).

Foto: JOHOR Southern Tigers

Menurut Johor Southern Tigers (JST), jersi yang bakal digunakan skuad Harimau Selatan ini telah ditempah direka khas di Ibu Pejabat Nike Amerika Syarikat.

Katanya, pereka yang diberi tanggungjawab menyiapkan jersi itu juga adalah pihak yang sama mereka jersi buat beberapa pasukan terkemuka dunia seperti Barcelona, Paris Saint Germain dan Brazil.

Semangat baharu Harimau Selatan Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts