EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Semakan guru yang terlalu tegas dalam buku kerja sekolah anak murid ini jadi punca perdebatan pendapat orang ramai

1 month ago, 11-Feb-2020

Tidak dapat dinafikan, proses pembelajaran kanak-kanak pada masa ini semakin 'laju' berbanding proses yang dilalui pada suatu ketika dahulu. Bagi kanak-kanak bersekolah rendah kini, kebanyakan daripada mereka sudah mengenal huruf dan lebih mudah untuk diajar menulis satu perkataan yang lengkap.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Bagaimanapun, satu perkongsian di laman Facebook baru-baru ini membuka mata orang ramai tentang ketegasan guru yang mahukan pembelajaran yang sempurna dari para pelajar walaupun hakikatnya, pelajar tersebut masih lagi terlalu muda.

@adsparentsharing/Facebook

Berdasarkan sebuah laman kumpulan perkongsian ibu bapa yang mempunyai anak istimewa (@adsparentsharing) di Facebook, kiriman gambar yang menunjukkan guru yang menanda pangkah bagi kebanyakan kesalahan minimal yang dilakukan oleh murid sememangnya menimbulkan rasa keliru dan tidak puas hati bagi golongan dewasa.

@adsparentsharing/Facebook

Terjemahan dari kiriman yang dimuatnaik adalah seperti yang berikut:

"Warganet berkongsi gambar ini dan membuatkan saya berasa keliru. Tulisan kanak-kanak ini adalah sangat jelas, jika kanak-kanak ini tidak menulis di atas garisan sekalipun, perkara ini boleh diperbetulkan, kanak-kanak ini tidak menulis dengan ejaan yang salah, adakah perlu untuk menanda pangkah? Apakah jenis tulisan yang perlu digunakan oleh kanak-kanak seusia ini? Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memperbetulkan tulisan kanak-kanak ini sahaja.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

"Jika guru ini mengajar kanak-kanak dengan keperluan istimewa, pasti sukar untuk kanak-kanak tersebut, dan kanak-kanak mungkin tidak lagi mahu belajar hanya disebabkan perkara ini. Saya benar-benar tidak faham jika puncanya hanyalah kerana tulisan yang tidak bersentuhan dengan garisan. Adakah saya perlu mendenda kanak-kanak hanya disebabkan ini? Ajarlah kanak-kanak untuk menulis dengan elok dan jangan gunakan tanda pangkah (X) untuk menjatuhkan keyakinan kanak-kanak, mereka pasti akan berasa tertekan untuk belajar. Saya fikir guru ini perlu mengajar dengan cara yang lebih mudah. Kadang-kala guru berfikir bahawa kanak-kanak ini adalah tidak bagus, tetapi guru juga perlu belajar untuk bertoleransi dalam mengajar, dan tidak menjatuhkan keyakinan kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Benar, guru ini mungkin tidak sepenuhnya salah, tetapi apa yang salah adalah guru ini tidak melihat dari sisi pandangan anak murid berkenaan.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

"Tidak kira sama ada kanak-kanak ini adalah normal atau istimewa, saya benar-benar fikir bahawa guru ini perlu mempertimbangkan keupayaan pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak pada usia ini perlu diyakinkan sebelum membetulkan kesalahan mereka, dan tidak langsung mendenda mereka."

Berikutan kiriman pendapat yang panjang lebar ini, ramai warganet yang turut sama meninggalkan komen masing-masing bagi membincangkan perkara ini.

@adsparentsharing/Facebook

"Saya adalah seorang guru tadika, kadang-kala pelajar tidak menulis jawapan dan meninggalkan ruangan kosong. Jadi, saya akan memberi tanda pangkah di sebelah ruangan itu dan menuliskan pembetulan, tetapi kemudiannya saya mendapati bahawa kanak-kanak akan mengisi jawapan yang saya tulis di ruang kosong tersebut. Selepas saya menemuinya, saya memberitahu pelajar bahawa ruang itu tidak boleh diisi, kerana perbuatan itu adalah salah, dan mereka perlu membuat pembetulan lain. Adakah ini salah faham? Mungkin kanak-kanak itu salah faham... mungkin perlu mendapatkan penjelasan guru itu sendiri."

@adsparentsharing/Facebook

"Pada pandangan pertama, saya merasakan bahawa guru itu keterlaluan, tetapi sebaliknya, jika buku itu adalah buku garisan satu, sememangnya cara untuk menulis begini adalah betul, tetapi jika buku itu adalah buku dengan tiga baris, maka memang salah untuk menulis dengan cara ini. Tulis perkataan pada baris yang betul. Jika anda tidak menulis pada baris yang betul, ini benar-benar salah. Anda tidak boleh membetulkan kesilapan kanak-kanak kerana kanak-kanak masih muda. Tanggungjawab guru adalah untuk mendidik pengetahuan anak dengan sesuatu yang betul, dan ibu bapa juga memiliki tanggungjawab untuk membantu pendidikan dan mengajar perkara yang tidak sempat diajar oleh guru di sekolah. Pada pandangan kanak-kanak, dia pasti tidak akan memahami niat guru itu dan menyalahkan guru itu terlebih dahulu. Lihat pada guru, bagaimana cara untuk menghormati guru, bagaimana untuk memberi tumpuan kepada arahan guru."

@adsparentsharing/Facebook

"Adakah ibubapa ini meletakkan latihan ejaan kanak-kanak di internet untuk mendapatkan penilaian daripada warganet tentang pembelajaran setiap orang? Mungkin semua orang berpendapat bahawa guru itu kejam dan membunuh niat pelajar. Tetapi adakah anda pernah memikirkannya? Mungkin guru ini seorang yang sangat muda dan bercita-cita tinggi. Dia mahu mengajar anak muridnya dengan baik. Dia hanya membetulkan ejaan dengan sangat serius, dan membetulkan perkara-perkara yang salah, dia tidak memalukan kanak-kanak itu sama sekali. Untuk hidup dan belajar, seorang guru juga perlu belajar untuk hidup bagi meningkatkan pengetahuannya tentang psikologi kanak-kanak dan pendidikan profesional. Apa yang dia tidak miliki hanyalah lebih banyak pengalaman. Warganet sila angkat tangan anda. Keperluan menulis dalam empat baris adalah untuk pelajar belajar menulis di dalam kotak yang disediakan. Kemarahan dan pembulian daripada warganet akan menghancurkan semangat guru itu! Atau ibu bapa suka pada guru yang tidak bertanggungjawab dan menutup mata mereka ketika menyemak kerja rumah anak-anak mereka? Apa yang salah dan tidak diperbetulkan? Ibu bapa yang mahukan penjelasan keadaan harus pergi ke sekolah untuk berbincang dengan guru yang berkaitan, untuk membantu pembelajaran anak."

Ternyata, kiriman ini telah melahirkan banyak pendapat dari setiap sudut, iaitu dari sudut pandang kanak-kanak, ibu-bapa, malahan guru yang mengajar itu sendiri. Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat sebanyak 253 reaksi, 146 perkongsian dan 131 komen sejak dimuatnaik pada petang 9 Februari lalu.

Semakan guru yang terlalu tegas dalam buku kerja sekolah anak murid ini jadi punca perdebatan pendapat orang ramai Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...