EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Semak Perkara Yang Anda Kena Ambil Tahu Mengenai Bayaran Balik PTPTN

0 month ago, 23-Nov-2021

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan. PTPTN menjadi sebab ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan?

Haa.. tapi dah habis belajar tu anda jangan pula buat-buat lupa nak bayar semula hutang PTPTN tau. Ia bagi menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang.

Ini tiga perkara yang perlu anda tahu tentang bayaran balik pinjaman PTPTN.

Saluran pembayaran balik pinjaman

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana kaunter pembayaran PTPTN, pembayaran secaradalam talian (online), melalui pot0ngan gaji ataupun debit terus dan juga pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Info lanjut layarihttps://www.ptptn.gov.my/kaunter-side

Tindakan Mesra PTPTN Bantu Peminjam

Untuk makluman anda, PTPTN sentiasa berusaha membantu peminjam, antaranya ialah PTPTN turut menambah baik sistem peringatan awal kepada peminjam untuk mengurangkan hutang tertunggak dengan pelaksanaan notis yang lebih mesra dan humanising bagi mendekatkan PTPTN dengan peminjam.

Jadi, anda jangan risau, anda boleh berunding untuk membuat penstrukturan semula pinjaman supaya bayaran bulanan dapat dikurangkan mengikut kemampuan.

Inisiatif #PTPTNSediaBantu juga telah diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat serta membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran perhubungan PTPTN yang ada dengan berkesan.

Jadi sebarang persoalan yang membelenggu fikiran anda mengenai bayaran balik pinjaman ni boleh terus berhubung dengan barisan frontliners PTPTN yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan. Mudah, cepat dan selamat kan!

Selain daripada tu, disamping buat bayaran balik, anda juga berpeluang untuk menang hadiah tau. Menarik kan!

PTPTN memperkenalkan pelbagai saluran bayaran baharu untuk membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan pelaksanaan kempen menarik yang memberikan manfaat kepada peminjam seperti kerjasama strategik bersama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePaymelaluikempen Click, Pay & Earn is Back!

PTPTN telah melaksanakan pelbagai pendekatan mesra pelanggan untuk membantu dan memudahkan urusan peminjam bagi membuat bayaran balik pinjaman mereka. Melalui pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%

 

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN Berdasarkan Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ni, kesemua peminjam layak menikmati diskaun sehingga 15% untuk pembayaran penuh.

Inilah masa yang tepat untuk langsaikan hutang PTPTN anda!

Kalau ada duit lebih apa kata anda langsaikan terus pinjaman PTPTN anda, sebab dengan pot0ngan diskaun sebanyak 15% tu memang banyak boleh jimat geng!

Nak buat pembayaran sebanyak 50% daripada baki hutang dulu pun tak ada masalah ya. Anda juga layak menerima diskaun sehingga 12% dengan syarat ia harus dibuat dalam sekali bayaran.

Untuk yang lebih selesa dengan pembayaran secara pot0ngan gaji atau debit terus pula, anda akan menikmati 10% diskaun mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Permoh0nan untuk pembayaran melalui pot0ngan gaji boleh dimoh0n melalui pautan di SINI, sementara untuk direct debit anda boleh keSINI.

Bagi pilihan pembayaran penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran anda perlu mendapatkan pengesahan baki hutang terlebih dahulu melalui portal rasmi PTPTN diSINIatau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

So tunggu apa lagi? Anda kena manfaatkan peluang yang ada ni tau! Bukan selalu boleh merasa diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN, bila dah ada ni kenalah guna sebaiknya.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh ke portal rasmiPTPTN. – dipetik dari Xtra, PTPTN

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...