EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Seloroh tandas mewah sejuk macam syurga, Sharifah Sakinah dikecam netizen

0 month ago, 09-May-2022

Umum mengetahui bahawa tandas merupakan tempat kotor dan merupakan tempat jin dan syaitan berkumpul. Namun begitu, terdapat segelintir di kalangan kita sanggup mengubah suai tandas sehingga menampakkan ia mewah dan selesa diduduki.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Terbaru, pelakon berbakat besar, Sharifah Sakinah yang memuat naik sebuah video menampakkan hiasan mewah dan cantik tandas bertemakan keemasan.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah kapsyen yang ditulis oleh aktres berusia 33 tahun adalah dia menyamakan tandas tersebut bersamaan dengan syurga, di samping bentuk paip seperti telefon.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat kritikan di kalangan netizen kerana pelakon tersebut dikatakan menyamakan suasana sejuk di tandas itu seperti syurga.

Ini telah menimbulkan rasa tidak senang kerana ia seolah-olah telah mempersendakan agama.

Di samping itu, ada netizen meluahkan kesalan sebaik sahaja membaca kapsyen yang ditulis oleh pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri dan meminta aktres itu beristighfar.

Meskipun dikecam oleh netizen, namun terdapat segelintir daripada mereka memuji kecantikan tandas tersebut.

Tonton Video: SILA KLIK DI SINI

: Ohmymedia, Instagram @sharifah_sakinah



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...