EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jual Selipar Muslim Friendly Pula! Mana Ciri Mesra Muslimnya? Produk Selipar Neelofa Mula Dipersoal

0 month ago, 07-Apr-2021

Belum habis reda kontroversi Langkawi, sekali lagi selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa cetus kontroversi dimana dia baru sahaja melancarkan produk terbaharu menerusi jenama aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif miliknya, berkolaborasi dengan jenama kasut popular iaitu Fipper X TheNoor dengan mengeluarkan selipar mesra muslim.

Ramai yang persoalkan apabila dia seolah-olah mempergunakan agama. Dengan rekaan yang didakwa anti licin, selipar tersebut sangat sesuai digunakan oleh umat Islam. Hal inilah yang membuatkan netizen berasa marah. Sudahlah membawa imej muslim, produk pun mahu tunggang agama? Hmm Betul ke?

Perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya apakah makna dan di manakah ciri-ciri mesra muslim pada produk selipar terbabit.

Terdahulu, netizen juga mengkritik aksi suaminya, PU Riz bersugi di dalam kereta lalu dikongsikan di media sosial. Persoalannya, mengapa perlu berkongsi dengan orang ramai? Kan dah jadi umpatan.

Jual Selipar Muslim Friendly Pula! Mana Ciri Mesra Muslimnya? – Produk Selipar Neelofa Mula Dipersoal Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...