EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Selimutkan anjing yang kesejukan dengan shawl miliknya, tindakan mulia seorang wanita dirakam CCTV

0 month ago, 14-Sep-2020

Setiap hari adalah kesempatan yang baru bagi setiap orang untuk melakukan kebaikan. Tidak kiralah apa pun kebaikan atau sekecil apa tindakan yang diambil semua itu adalah sesuatu yang wajar dijadikan contoh dan terus diamalkan. Di mata kita kebaikan yang dilakukan mungkin kecil tetapi hakikatnya pada mata orang lain ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

Contohnya seperti yang dilakukan oleh wanita dalam video ini. Apa yang dilakukan ialah dia telah menyelimutkan seekor anjing yang sedang tidur di kaki lima sebuah bangunan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa wanita itu baru sahaja keluar dari bangunan itu dan ternampak anjing tersebut. Memandangkan cuaca ketika itu sedang hujan dan dia terus mengeluarkan payung. Namun begitu, dia tidak segera beredar dari situ tetapi terus memerhatikan anjing yang sedang dalam kesejukan itu.

Melihat tiada seorang pun yang berhenti untuk menolong anjing itu, wanita tersebut kemudian terus meletakkan payungnya sebenar dan mengambil sehelai shawl yang dipakaikan dan terus diselimutkan pada tubuh anjing tersebut. Kerana kasihan dengan cuaca sejuk ditambah lagi dengan hujan yang turun pastinya anjing itu kebasahan.

Wanita ini sedar anjing itu tidak akan dapat membalas jasa dan kebaikannya tetapi tanpa memikirkan balasan dia tetap membantu anjing itu supaya tidak terus kesejukan. Di matanya apa yang dilakukan mungkin kecil tetapi buat anjing itu kebaikan yang dilakukan adalah sesuatu yang sangat besar dan dia pastinya sangat berterima kasih kepada wanita itu.

Selimutkan anjing yang kesejukan dengan shawl miliknya, tindakan mulia seorang wanita dirakam CCTV Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...