EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Selepas Tular Video Maki Hamun Di Restoran & Video Body Shaming, Eira Azira Mohon Maaf

0 month ago, 15-Sep-2020

Sejak beberapa hari lalu tular dua video berbeza membabitkan influencer yang juga seorang usahawan kosmetik, Eira Azira

Bermula dari video dia dihalau ketika sedang membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung (FB Live) di sebuah restoran popular di Melaka kemudiannya tular satu lagi video lama dimana dia didakwa menggunakan bahasa kasar terhadap seorang pengguna Facebook dan turut melakukan body shamingke atas wanita berkenaan.

Susulan dari itu, usahawan terbabit dikecam hebat oleh netizen dan segelintir pengikutnya sendiri yang berang dengan kata-katanya yang disifatkan mereka melampau batas.

Video tular tempoh harid dimana Eira didakwa membuat body shaming terhadap pengguna Facebook tersebut

Terbaru Eira menerusi laman Facebookya telah berkongsi vider permohonan maaf secara terbuka yang dilakukannya kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook terbabit iaitu Suharnizan Md Sidek

Pertama sekali, permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira.

Insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu body shaming terhadap individu/ pemilik akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek, katanya.

“Jujur Eira katakan, salah tetap salah. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

“Insiden-insiden tersebut menyebabkan ramaifolloweryang Eira sayang telah berkecil hati dan sekali gus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk,” katanya sambil menambah bahawa kejadian yang berlaku turut memberi kesan amat mendalam kepada keluarganya.

Mengakui kesal dengan apa yang berlaku Eira memohon agar dia diberi peluang untuk memperbaiki diri serta tutur katanya selepas ini.

“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang kepada Eira untuk memperbaiki diri, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang, insyaAllah.

“Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

“Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini,” katanya.

Pemohanan maaf dari Eira Aziera

Assalamualaikum.Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat "Live" di Facebook Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shaming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak. Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk. Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat, terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia. Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa AllahPermohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa AllahEira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting "Live" di Facebook yang terlibat. Akhir kata dari Eira,"…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira.." Wasalam ??????????15 September 2020

Posted by Eira Aziera on Monday, September 14, 2020

SUMBER : buzzkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...