EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Selepas Teruk Dikecam, Ibu Neelofa Batal Permohonan trademark Harimau Menangis

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Selepas teruk dikecam netizen berikutan isu trademark produk Daging Harimau Menangis, ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini telah membuat keputusan untuk membatalkan pemohonan cap dagangan bagi nama Hariamau Menangis.

Akan batalkan dalam masa terdekat

Noor Kartini memaklumkan akan membatalkan pemohonan tersebut dalam masa terdekat.

Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan, Katanya dalam sidang media secara maya hari ini.


 

Tak niat nak caras rezeki orang

Dalam laporan itu juga, beliau memohon maaf dan sama sekali tidak berniat untuk menutup rezeki mana-mana pihak. Oleh itu, beliau berharap agar penjelasan yang dibuat dapat menghentikan segala isu supaya ia tidak terus berlarutan.

Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.
Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan, Katanya.


SUMBER : kelimerah.com



Live Website Traffic


loading...