EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Selepas 4 tahun buka restoran, FizoMawar Kitchen ditutup

2 month ago, 11-Oct-2019

Setelah beroperasi selama sejak empat tahun lalu, pelakon Fizo Omar mengambil keputusan untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) yang diusahakan bersama bekas isterinya, Mawar Karim.

Menerusi laman Instagram, dia mengesahkan restoran tersebut akan menutup operasi pada hujung bulan ini selepas berbincang dengan Mawar.

Sebenarnya berat untuk saya nak umumkan keputusan ini.. setelah berfikir dan berbincang bersama Mawar, kami bersetuju untuk tamatkan operasi Fizomawar kitchen, cawangan di Bangi , Selangor dan Kota Bharu, Kelantan,katanya.

Tambah Fizo yang kini bergelar usahawan, terdapat banyak kenangan bersama FMK apatah lagi restoran berkenaan adalah hadiah buat bekas isteri dan ibunya.

Banyak kenangan dan usaha dilakukan termasuk wang ringgit tapi ini mungkin jalan terbaik dan saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami.
Setelah empat tahun, lebih 3000,000 pelanggan yang datang ke restoren kami dan FMK berkongsi rezeki dengan lebih 100 orang pekerja. Saya nak beritahu FMK akan menamatkan operasi pada 27 Oktober ini,ujarnya.

: Fizo Omar

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...