EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Selepas 10 Tahun Khir Rahman Tampil Dengan Filem Terbaharu Arahannya Arwah Pak Mat, Lif & AJK

0 month ago, 11-Jun-2021

Tidak dinafikan pelakon, pelawak, penyanyi, penulis skrip dan pengarah berkaliber Khir Rahman bukan nama asing di persada seni tanah air.

Bakatnya dalam arena komedi juga semakin terserlah dan lebih membanggakan apabila berjaya dinobatkan sebagai juara menerusi kumpulan JBORN di Muzikal Lawak Superstar (2019).

Istimewa buat peminat dan penonton yang sentiasa menantikan hasil kreatif bintang hebat ini, Astro Shaw membawakan sebuah filem komedi terbaru arahan Khir Rahman, terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd berjudulArwah pak Mat, Lif & AJK.

Khir berkata, selepas 10 tahun dia kini kembali dengan filem arahan terbarunya itu yang merupakan karya bergenre komedi satira

Meskipun padat dengan komedi serta jalan cerita yang santai, namun untuk naskhah ini saya cuba mengangkat tentang nilai hidup berkomuniti dan ada pengajaran yang cuba disampaikan seperti mengingatkan kesedaran tentang hidup majmuk dan mengambil berat tentang jiran tetangga.

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, sentiasalah bersapa dan membantu antara satu sama lain agar tiada yang rasa keseorangan. Saya harap kehadiran filem ini mampu menarik perhatian penonton untuk terus kekal dirumah dan menikmati hiburan filem ini bersama keluarga mahupun orang terdekat, ujarnya.

Filem komedi satira ini mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya dan tinggal bersama di flat Seri US di tingkat 25. Apabila penduduk flat sedang meriah melangsungkan pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim baru, mereka dikejutkan dengan kematian bapa Nordin.

Keadaan bertambah kecoh selepas lif di flat tersebut rosak dan perlu mengambil masa yang lama untuk dibaiki. Jadi, Nordin dengan bantuan penduduk flat harus membawa turun jenazah bapanya menggunakan tangga. Pelbagai cabran dan halangan mereka perlu tempuhi. Namun, hidup berkomuniti menyatukan mereka semua.

Menariknya filem ini membariskan pelakon dan pelawak terkenal tempatan dalam mendukung watak-watak utama, sepertiJoey Daud, Ropie, Taukeh Jambu, Jalil Hamid, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak, Sathia, Douglas Lim, Wan Gegau, Nizam Jentik-Jentik, Souya, Che Mat, Kimmy Low, Shendo Kiut, Shiela Mambo dan Wafariena.

Lebih istimewa, kali ini penonton bakal menyaksikan sisi berbeza Joey Daud menerusi karakter Nordin. Meskipun filem ini ditampilkan dalam genre komedi, namun penyampaian karakter Nordin dilihat lebih serius.

Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 10 Jun 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...