EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Selepas Guna Duit ISinar Buat Bonggol, Polis Terus Datang Dekat Rumah Dan Ini Respon Abang Tersebut

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekec0han di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lalu, mem0hon maaf atas perbu.atannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesil.apannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya memb.uang semua bonggol tersebut.

Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ, katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terg.anggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur.

Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masa.lah keslhatan (gang.guan me.ntal) tetapi belum lagi mendapatkan ra.watan.

Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda, katanya.

Turut memberitahu membelanjakan RM 1,080 daripada pengeluaran RM 5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Kredit : HarianMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Selepas Guna Duit ISinar Buat Bonggol, Polis Terus Datang Dekat Rumah Dan Ini Respon Abang Tersebut Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...