EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dosa dan buat dosa lagi selepas bertaubat, apakah syaitan sudah menang?

0 month ago, 11-Oct-2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat dosa secara terang-terangan, kemudian menyesal dan bertaubat. Tidak lama selepas itu, hati kembali ingin melakukan dosa, namun ia dilakukan dalam keadaan sembunyi-sembunyi, bimbang ada yang menghakimi. Tetapi, esoknya ingin bertaubat lagi.

Begitulah kehidupan manusia, tidak pernah lari dari perasaan ingin melakukan dosa. Secara umumnya ia datang daripada hasutan syaitan yang bersarang dalam hati kita.

Mereka telah berjanji dengan Allah untuk menghasut dan menyesatkan anak-anak Adam A.S. sehingga ke penghujung usia bumi ini. Pada akhirnya ia bergantung kepada diri sendiri sama ada untuk menepis godaan tersebut dengan iman di hati atau mengikut sahaja.

Namun, adakah Allah menerima taubat yang berkali-kali walaupun maksiat masih tetap dilakukan oleh seseorang? Ada di kalangan kita yang menganggap bahawa taubat yang seperti ini dianggap seperti main-main dengan peluang yang telah Allah berikan.

Kalau begitu, lebih baik siang aku bermaksiat, sebelum tidur aku buatlah solat taubat.

Pelbagai persoalan yang bermain di minda manusia mengenai perihal ini

Perihal ini ada disebut melalui Tafsir Ibn Katsir (1/408) melalui perbahasan Imam an-Nawawi yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang hamba berdosa terkadang terjerumus dalam dosa dan dia berkata; Wahai Tuhanku, aku berdosa. Ampunilah aku. Tuhanku mengatakan: Apakah hambaKu mengetahui bahawa Tuhannya mengampuni dosa yang dilakukannya. Maka Aku ampuni hambaKu.

Kemudian aku tertimpa dosa lagi dan berkata: Aku melakukan dosa lagi, maka ampunilah aku. Tuhanku berkata: Adakah hambaKu tahu bahawa Tuhan mengampuni dosa yang dilakukannya. Maka Aku mengampuni dosanya.

Kemudian, sekali lagi aku melakukan dosa dan aku berkata: Aku berdosa. Tuhannya kemudian berkata: Apakah hambaKu menyedari bahawa Tuhannya Maha Mengampuni hamba yang berdosa. Maka, aku ampuni hambaKu. (sehingga tiga kali).(Hadis Riwayat Bukhari, no. 7507)

Allah amat menyukai hamba-hambaNya yang bertaubat setelah melakukan dosa berbanding dengan manusia yang sentiasa melakukan dosa dan menunggu masa yang sesuai untuk bertaubat.

Kita tidak pernah tahu bila ajal akan datang menjemput. Pada masa itu juga, kita tidak diberi bayangan mengenai cara kematian kita.

Adakah dalam keadaan husnul khatimah, iaitu mati yang baik atau sebaliknya. Oleh itu, kita dianjurkan untuk sentiasa bertaubat setelah sedar akan kesilapan yang dilakukan.

Taubat dengan Allah sangat mudah, cukup dengan melakukan solat sunat taubat dua rakaat dan berdoa untuk memohon keampunanNya atau boleh juga dilakukan dengan istighfar (untuk dosa-dosa kecil).

Kecuali buat mereka yang melakukan dosa besar seperti syirik dan sebagainya, perlu dilakukan solat sunat taubat nasuha, iaitu taubat yang bersungguh-sungguh.

Amalam syirik merupakan dosa besar

Bertaubatlah Walau Berulang Kali Berdosa

Bagaimana dengan mereka yang main-main dengan taubat? Sedar akan maksiat yang dilakukan, namun disebabkan keseronokan, perasaan itu ditepis.

Sebenarnya jika terdetik perasaan ingin bertaubat dan takut akan dosa, itu buktinya bahawa dalam diri anda masih punya iman.

Maka, bersegeralah untuk bertaubat dan perlahan-lahan tinggalkan alam maksiat tersebut. Jangan lakukannya secara mengejut atau drastik, bimbang hati tidak kuat dan akan kembali ke jalan tersebut.

Menurut perbahasan ulama juga, mereka menyebut, jika ingin bertaubat, maka taubatlah dengan seikhlas hati, kerana hanya Allah yang layak menghakimi taubat tersebut.

Manusia tidak layak untuk menghukum, jadi jangan pedulikan kata orang sekeliling dan lakukan taubat berdasarkan ilmu.

Yang paling ditakuti ialah saat sudah tiada lagi kesedaran dan perasaan untuk bertaubat kerana mungkin pada waktu itu, syaitan sudah menguasai pemikiran kita atau mungkin hidayah Allah itu sudah tidak kita nampak lagi.

Dikatakan kepada Hassan Al-Basri: Apakah salah satu di antara kami tidak merasa malu dengan Tuhannya, memohon ampun dari dosa-dosa kemudian mengulanginya lagi, istighfar kemudian melakukannya lagi Beliau berkata: Syaitan berharap kalau setiap manusia berfikir seperti ini dan terus berhenti daripada bertaubat, maka syaitan telah menang.

Wallahu alam. -tzkrh-


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic


loading...