EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Selendang sutera unik dihasilkan mengguna batang teratai, makan masa berbulan untuk disiapkan

0 month ago, 16-Sep-2020

Pernahkah anda menyentuh selendang sutera yang diperbuat daripada tenunan kain sutera batang teratai? Ia merupakan salah satu fabrik unik yang melalui proses agak rumit untuk dihasilkan.

Penenun dari Vietnam ini mengeluarkan serat dari batang teratai untuk membuat 'sutera teratai'.

SCMP/Facebook

Dia mengumpulkan tanaman teratai dari kawasan sawah sebelum memproses batang teratai menjadi benang yang halus.

"Saya memerlukan 9,200 batang teratai untuk membuat selendang sutera teratai," kata pembuat benang sutera teratai dan penenun Phan Thi Thuan.

SCMP/Facebook

Phan berkata seorang pekerja yang mahir hanya dapat membuat benang sutera daripada 200 hingga 250 batang teratai dalam sehari.

"Jadi selendang sutera teratai seperti ini memerlukan masa dua bulan untuk dibuat," jelasnya.

SCMP/Facebook

Phan Thi Thuan belajar menenun secara tradisional daripada ibu saudaranya, yang mana dia memiliki kemahiran kraftangan yang hebat sejak berusia 6 tahun.

SCMP/Facebook

Tiga tahun yang lalu, Phan melihat peluang untuk menghasilkan fabrik sutera unik daripada tanaman teratai.

SCMP/Facebook

Pengeluaran sutera teratai telah lama dihasilkan di Myanmar dan Kemboja selama berabad-abad dengan menjadi hasil tenunan fabrik warisan nenek moyang.

SCMP/Facebook

Vietnam baru bermula jika dibandingkan dengan kedua negara itu, dengan penenun seperti Phan yang berusia 65 tahun ini menghasilkannya secara komersial bersama pasukannya yang terdiri daripada 20 orang pekerja.

SCMP/Facebook

"Memiliki banyak tanaman teratai yang hidup subur memberi banyak manfaat. Pertama, ia menghasilkan lebih banyak pendapatan buat penanam teratai, dan kedua mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan."

SCMP/Facebook

"Dan ketiga, ia membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Batang teratai tidak perlu dibuang, tetapi kini ia dapat digunakan untuk membuat benang dan kain sutera yang indah, kata Phan.

SCMP/Facebook

Hasil tenunan kain sutera pasukan Phan yang halus dan unik telah mendapat perhatian industri fesyen tempatan dan antarabangsa.

SCMP/Facebook

Selendang sutera teratai amat diminati peminat fesyen eksklusif dan ia dijual dengan harga 10 kali ganda berbanding harga sutera biasa.

Tonton video di bawah:

Selendang sutera unik dihasilkan mengguna batang teratai, makan masa berbulan untuk disiapkan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...