EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Selebriti Spotted Menggayakan Koleksi Coach Musim Luruh 2019

0 month ago, 13-Sep-2019

Jenama fesyen terunggul dunia, Coach tampil realisasi kempen musim luruh 2019 dengan penuh ikonik. Membariskan rekaan khas buat persalinan lelaki serta wanita, kempen musim luruh kali ini tidak ketinggalan mengetengahkan aksesori, tas tangan, bot, jaket serta gaun yang direka penuh eksklusif dengan sentuhan istimewa daripada Pengarah Kreatif, Stuart Vevers.

Menggambarkan naratif baru serta sisi yang berbeza berbanding koleksi sedia kala, Coach pertaruhkan produser serta pelakon ternama, Michael B. Jordan sebagai wajah global lelaki pertama untuk koleksi musim ini.

Sudahpun bertapak lebih tujuh abad dalam industri fesyen, Coach yang menyajikan kelengkapan head to toe buat penggemar barangannya turut berkerjasama dengan artisan tekstil terkenal dunia Kaffe Fassett dalam kempen kali ini.

Buat pencinta fesyen, layari https://malaysia.coach.com/top/CSfTop.jsp untuk mendalami dengan lebih terperinci akan koleksi Musim Luruh Coach 2019.

Di sini EH! kongsikan beberapa gaya selebriti antarabangsa yang berjaya mencuri tumpuan lensa semasa memperagakan koleksi Musim Luruh Coach 2019.

Pelakon Fazura dalam persalinan koleksi Musim Luruh hadir ke pementasan peragaan Coach di New York Fashion Week 2019


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com