www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Selangor United destinasi baharu Abdul Hadi

0 month ago, 13-Jan-2019


 

Foto: Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia – MOF FC

IBARAT sirih pulang ke gagang, Abdul Hadi Yahya kembali ke negeri kelahirannya, Selangor apabila membuat keputusan menyarung jersi pendatang baharu Liga Premier 2019, Selangor United.

Kehadiran bekas penyerang negara itu membuktikan Selangor United tidak mahu ketinggalan dalam senario perebutan bintang berpengalaman seperti kebanyakan pasukan handalan.

Hadi, 34, memulakan karier bola sepak profesionalnya bersama Merah Kuning pada 2006 sebelum ke PKNS FC seterusnya Kuala Lumpur, T-Team, Terengganu, Perak, Kuantan FA dan MOF FC.

Anak jati Klang, Selangor itu menjaringkan gol dalam penampilan sulung antarabangsa bersama Harimau Malaya ketika menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011.

Kemasukan pemenang Kasut Emas Liga Super 2011 dalam skuad Abdul Talib Sulaiman itu disahkan oleh Setiausaha Selangor United, Mohd. Nizam Hashim.

Selainnya, Selangor United bakal diperkuatkan Fauzan Dzulkifli, Rizal Fahmi Rosid (Negeri Sembilan), Raslam Khan Rashid, Izzat Ikmal Azpawi (PJ Rangers) dan Nazrul Kamaruzaman (Felcra FC).

Kami yakin bakal lebih mantap dan bersedia dalam penampilan sulung Liga Perdana ini setelah turut mengekalkan lebih 10 tonggak skuad naib juara Piala FAM 2018, September lalu, katanya.

Beliau berkata, kuota pemain tempatan hanya kekosongan pada posisi penjaga gol ketiga setelah khidmat Muhamad Nuraizat Abdul Aziz dan Mohamad Faiz Abdul Khalid dikekalkan semusim lagi.

Mengenai aksi pramusim, Mohd. Nizam berkata, siri perlawanan persahabatan Selangor United itu akan diteruskan dengan melayan kunjungan Sarawak di padang Wisma FAM, Kelana Jaya pada 17 Januari ini.

Dalam lapan persahabatan lalu, kami menewaskan skuad Piala Presiden (Selangor United) 5-2 dan Perlis 4-1 selain kalah kepada Korea University 4-2; B-21 Malaysia 3-0; Pahang 2-0; Polis Diraja Malaysia 1-0 dan Yemen 1-0 serta Melaka United 3-2, katanya.

Selangor United destinasi baharu Abdul Hadi Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts