EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Air Selangor: Semakan Kawasan Terjejas Bekalan Air 13-16 Oktober 2021

0 month ago, 12-Oct-2021

Air Selangor ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar. Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi AirSelangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi AirSelangor.

Semakan Kawasan Yang Terjejas Air Di Selangor

Untuk mengetahui kawasan yang terlibat dan maklumat terkini bekalan air, sila rujuk pautan ini: http://hentitugas.airselangor.com atau muat turun aplikasi AirSelangor.

Anda boleh memeriksa samada kawasan perumahan anda terjejas dengan gangguan bekalan air dengan cari kawasan tersebut pada CARI MENGIKUT SENARAI KAWASAN atau CARI BERDASARKAN PETA.

Sistem akan memaklumkan anda mengenai kawasan yang terjejas, tempoh gangguan bekalan air serta masa pemulihan bekalan air.

Baca juga: Senarai R&R PLUS Dibuka & Kebenaran Dine-In Bermula 11 Okt 2021

Air Selangor: Semakan Kawasan Terjejas Bekalan Air 13-16 Oktober 2021 SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...