EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Selangor Beri Home Assessment Kit Kepada Individu Yang Didapati Positif COVID-19 Untuk Fasa Kuarantin Kendiri

0 month ago, 09-Jun-2021

Selari dengan agenda sistem kesihatan negara untuk membanteras pandemik COVID-19, kerajaan negeri Selangor kini akan terus melaksanakan Ujian Saringan Komuniti secara percuma bagi Fasa Ketiga.

Menurut Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amiruddin Shari tindakan ini untuk mengesan Silent Carriers yang terdapat dalam kalangan komuniti.

Pengesanan awal dapat membantu pengurangan penularan yang lebih tinggi berlaku di negeri Selangor.

Malah, apa yang menarik inisiatif Home Assessment Kit atau Kit Penilaian Rumah akan disediakan kepada individu yang dikesan positif menerusi ujian saringan.

Kit ini mengandungi penyediaan pelitup muka KN95, thermometer, oximeter, ubat-ubatan dan kit ujian air liur (saliva test kit).

Langkah penyediaan ini akan membantu para pesakit yang sedang kuarantin diri menilai tahap kesihatan semasa mereka. Pemantauan akan dilakukan oleh petugas kesihatan PKD menerusi aplikasi SELANGKAH.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...