EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Selamatkan 27 pelajar & 6 orang awam, polis terkorban dalam bot karam

7 month ago, 15-Feb-2020

Pada hari Khamis lepas, satu bot yang membawa 37 orang termasuk juragan dari Pulau Tanjung Aru berlanggar dengan sebuah kapal yang sedang menunda sebuah bot kecil.

Oleh sebab itu, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dihantar bagi menyelamatkan bot penumpang yang karam di perairan dekat Pasar Umum Sandakan.

Namun begitu, dalam kejadian tersebut seorang anggota Pasukan Gerakkan AM (PGA) dilaporkan hilang dalam kejadian itu. Koperal Asman Ongkal, 40 yang turut menaiki bot tersebut bersama keluarganya telah hilang ketika cuba membantu menyelamatkan mangsa-mangsa.

Namun begitu, selepas 36 jam operasi mencari dan menyelamat, Koperal Asman Ongkal akhirnya berjaya ditemui apabila jenazahnya dijumpai nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Penemuan jenazah turut dimaklumkan menerusi Facebook Pasukan Polis Marin apabila mereka mendedikasikan ucapan takziah dan penghargaan buat allahyarham. Hal ini kerana Koperal Asman sanggup menggadai nyawanya sendiri demi menyelamatkan 27 orang pelajar dan 6 orang awam daripada lemas.

Sehubungan dengan itu, orang ramai telah memenuhi ruangan komen sumber dengan mengucapkan salam takziah buat keluarga allahyarham. Mereka juga mengangkat Koperal Asman Ongkal sebagai hero kerana sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri sehingga terkorban demi menyelamatkan orang lain.


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...