EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gara-gara selalu terpijak tahi ayam

0 month ago, 25-Jul-2020

Kabuten Ponorogo: Wisnu Widodo yang menetap di Desa Gandukepuh, Kecamatan Sukorejo, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur, terpaksa melompat tembok setinggi satu meter untuk masuk dan keluar dari rumahnya.

Ia berikutan tembok itu dibina oleh jirannya yang hanya disebut sebagai 'M' di dalam kawasan rumah Wisnu sendiri.

Namun M mendakwa tembok itu dibina atas tanah miliknya bukan Wisnu.

Wisnu ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan memberitahu tembok itu dibina sejak 2017.

"Ia menyukarkan saya untuk keluar dan masuk rumah. Saya terpaksa memanjat kerusi untuk melangkah tembok itu.

Sementara itu, Ketua Kampung Gandukepuh Suroso berkata, masalah pembinaan tembok itu adalah berpunca daripada masalah remeh.

Menurutnya, Wisnu mula memelihara ayam pada 2016 di kawasan rumahnya yang berdekatan dengan rumah 'M'.

"M bersama suaminya sering terpijak tahi ayam setiap kali melintasi jalan di hadapan rumah Wisnu.

"Mungkin marah, M bertindak membuat tembok di depan rumah Wisnu pada 2017. Sudah beberapa kali mediasi dibuat dengan kedua-dua pihak namun gagal dan tiada kata putus," katanya.

Kes itu dibawa ke mahkamah dan akhirnya ia memihak kepada Wisnu yang mengesahkan ia dibuat atas tanahnya bukan milik M.

Suroso sudah memberikan surat mahkamah kepada M namun, wanita itu tidak mengambil sebarang tindakan.

Nasib Wisnu yang terpaksa melompat tembok pagar untuk memasuki rumah itu menjadi viral di media sosial.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...