EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Selalu Tercium Bau Kurang Enak Di Hidung, Apa Maksudnya?

0 month ago, 15-Sep-2020

Kamu sering tercium bau busuk atau kurang menyenangkan di hidung, kenapa agaknya?

Jika kamu sering mengalami masalah ini, maka kamu perlu ambil berat dari sekarang mengapa masalah seperti ini boleh terjadi pada diri kamu.

Biasanya masalah bau yang keluar dari hidung ini sering kali dikaitkan dengan masalah resdung, dan mungkin juga ia berkait dengan masalah yang lain.

Nak tahu apakah masalah lain itu, jom semak di bawah.

Jangkitan Sinus

Foto The Healthy

Masalah hidung berbau ini boleh jadi disebabkan terkena jangkitan sinus, jangkitan ini berpunca dari serangan virus atau bakteria.

Bukan itu saja, hidung juga akan mengeluarkan bau yang lebih busuk jika jangkitan sinus ini berpunca daripada fungi atau fungus.

Postnasal Drip

Foto Mehilainen

Masalah hingus berbau dan hingus menjadi pekat, merupakan simptom kamu mengalami masalah postnasal drip. Kamu akan tercium bau hingus yang busuk ketika kamu bersin, dan jika dari hari ke hari kamu masih mengalami masalah yang sama, disarankan segera berjumpa dengan doktor.

Nasal Polyps

Foto St Louis Sinus Center

Bagi yang mempunyai masalah asma, alahan dan masalah sinus berisiko untuk menghadapi masalah nasal polyps, di mana simptom masalah ini adalah keluar bau yang kurang enak atau busuk dari hidung.

Nasal polyps berbentuk seperti titisan air mata yang terhasil di dinding hidung, ia akan menyebarkan bau busuk dan dalam masa yang sama akan menjejaskan deria bau dan kebolehan untuk bernafas menerusi hidung.

Gigi Reput

Foto Artistic Touch Dentistry

Hidung berbau juga boleh berpunca daripada masalah gigi reput, bakteria yang terkumpul menyebabkan nafas berbau keluar menerusi hidung.

Phantosmia

Foto NBC News

Phantosmia ini berlaku kerana halusinasi dari sistem bau atau (olfactory system), membuatkan kamu berhalusinasi yang kamu tercium bau busuk di hidung.

Mulut Kering

Foto Tooth Fairy Dentistry

Masalah mulut kering atau xerostomia penghasilan air liur tidak cukupi untuk membuang bendasing bersaiz mikro dalam mulut, lalu menyebabkan bau yang busuk berlegar di mulut dan hidung.

Foto Topeka Ent

Banyak faktor boleh menyebabkan mengapa mulut boleh berbau busuk, dan ianya tidak terhad kepada masalah resdung saja kerana hidung berbau boleh membawa maksud yang lain.

Jadi jika kamu mengalami masalah hidung berbau, ini mungkin antara sebab mengapa ianya terjadi dan dinasihatkan agar kamu segera mendapat rawatan serta melakukan pemeriksaan di hospital.

Rujukan: 1, 2,


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...