www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Selalu Dapat Rating Tinggi, Set Sepiring Raya Laris!

0 month ago, 17-May-2019


Siapa yang pernah pergi mana-mana outlet Sepiring mesti datang dengan pelbagai expectation,kan? Tapi bila dah cuba hidangan mereka, memang lepas tu akan ajak kawan-kawan datang pulak.

Itulah keistimewaan restoran Sepiring yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan yang dekat dengan citarasa dan juga selera kita. Lagi menarik, sempena bulan Ramadan ini, mereka buat satu menu yang cukup istimewa.

Sebab apa istimewa? Sebab diaorang combine beberapa menu yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam satu talam iaitu Sepiring Raya. Memang puas hati untuk makan dua orang. Tapi jangan lambat kerana Sepiring Raya adalah menu masa terhad.

Kami kongsikan jugak beberapa sebab kenapa Sepiring dari hari ke hari semakin menjadi pilihan untuk orang ramai berbuka puasa.

1. Hidangan Memang Berbaloi

Sepiring Raya adalah gabungan hidangan Ayam Berempah Aroma, Nyonya Curry Chicken, Terung Berlado, Keropok Lekor dan juga telur masin. Inilah barisan menu yang sentiasa mendapat permintaan di Sepiring.

Semuanya dihidangkan sekali, jadi anda dapat merasai keenakan setiap satu hidangan. Contohnya macam Nyonya Nasi Ulam, Penang Rojak dan Ayam Berempah Aroma bila digaul sekali memang terangkat. Ayam Berempah Aroma diperap terlebih dahulu membuatkan rasa rempahnya naik bila digoreng.

2. Kualiti Terjamin

Melalui rating yang tinggi di carian internet, pastinya kita tahu bahawa Sepiring bukanlah restoran biasa-biasa. Kualiti yang sentiasa terjamin dan juga pilihan menu yang bertepatan dengan selera orang kita membuatkan jenama Sepiring semakin dikenali.

3. Dessert Jangan Dilupakan!

Tak sah kalau makan takde dessert dan di Sepiring, anda boleh cuba Bubur Chacha yang manis-manis lemak. Untuk minuman pula, anda boleh cuba Coconut Cendol Cooler dan Mango Cooler, fuh refreshing habis! Eh, Rojak Penang pun ada tau.

Jadi apa anda tunggu lagi. Kami sempat terjah salah satu outlet Sepiring di Sunway Putra Mall. Apa boleh kami katakan, makanan yang mereka sediakan memang ohsem!

SEPIRING
SUNWAY PUTRA MALL OUTLET
NO.86, JALAN PUTRA, CHOW KIT KUALA LUMPUR

DIBUKA SETIAP HARI
10 PAGI 10 MALAM

Kami kongsikan sikit video pengalaman kami makan di Sepiring Sunway Putra Mall baru-baru ini. Terbayang-bayang betul Mango Cooler tu.




SUMBER : vitdaily.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts