EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Selain Oprah Winfrey, 5 Selebriti Ni Mengaku Tak Nak Ada Anak

0 month ago, 09-Oct-2019

Soalan bila nak ada anak, kenapa masih tak ada zuriat, dan sebagainya merupakan perkara yang cukup sensitif bagi kaum wanita.

Yang pasti mempunyai anak bukanlah untuk semua orang, dan keputusan sama ada atau tidak adalah sangat peribadi. Menjadi public figure, selebriti tidak terkecuali sering diserang dengan soalan-soalan tentangsama ada mereka mahu merancang untuk mempunyai keluarga besar.

Berikut adalah lima aktres cantikyang telah menangani topik ini dengan profesional dan jujur untuk tidak mempunyai anak:

Jennifer Aniston

Sejak isu body-shaming yang melaporkan dia hamil padahal sekadar perut buncit, actress cantik ini lantang membicarakan tentang perkara ini malah tegas dengan pendiriannya.

Kita boleh bahagia dengan atau tanpa pasangan, dengan atau tanpa anak. Kita tidak perlu berkahwin atau menjadi ibu untuk rasa bahagia, kita yang menentukan sendiri kebahagian yang dingini dalam hidup, jelasnya.

Foto Grazia Daily

Cameron Diaz

Aktres yang sering ditanya tentang keinginan memulakan keluarga.

Rasanya lebih banyak kerja jika ada anak. Bayangkan menjaga bayi sepanjang hari, setiap hari selama lapan belas tahun ia bukan satu tanggungjawab yang mudah. Saya suka melindungi orang, tetapi saya tidak pernah terfkir untuk menjadi seorang ibu, terang Cameron.

Foto Bustle

Alison Brie

Aktres cantik ini menggemparkan semua apabila menyatakan dia memang tidak mahu mempunyai anak.

Saya benar-benar tidak mahu mempunyai anak. Saya tidak perlu bimbang memikirkan hal kehamilan ketika shooting. Sekarang saja saya menguruskan kucing, jadi bayangkan saja jika ada anak, maka lagi banyak perkara perlu difikirkan!, terangnya.

Foto Vanity Fair

Oprah Winfrey

Oprah pernah berkata bahawa mempunyai anak bukanlah sesuatu yang diinginkan.

Saya tidak rasa saya akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak, kerana saya memerlukan anda untuk bercakap dengan saya, saya memerlukan anda untuk memberitahu saya apa yang salah.Saya suka bayi tetapi ia bukan untuk saya, jawabnya ringkas sahaja.

Foto Stuff.co.nz

Kim Cattrall

Bintang Sex and the City ini menjelaskan menjadi ibu tidak akan menjadi sebahagian daripada pengalaman hidupnya.

Apabila saya berusia lima tahun,fantasi saya adalah untuk mempunyai seratus anjing dan seratus kanak-kanak. Saya menyedari bahawa tekanan yang saya rasakan adalah dari sumber luar, dan saya tahu saya tidak bersedia mengambil langkah itu, katanya.

Foto Hello Magazine

Jangan judge dan persoalkan kenapa mereka berfikir sedemikian okay.


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...