EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa.. Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas

0 month ago, 07-Jun-2021

Susulan kritikan peminat terhadap Zara Zya yang dikatakan tidak sensitif memilih iklan untuk dibuat ulasan produk (paid review) di Instagram, pelakon wanita itu tampil memberikan respon.

Ujar Zara, dia berharap rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terhadap sesuatu isu memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Advertisement

Katanya lagi, dia enggan mengambil pusing dengan kritikan netizen kerana merasakan tindakannya itu tidak salah dan tidak melampaui batas.

“Kalau fikir ia 18 SX, jadi macam itu la. Rakyat Malaysia kena open minded. Lagipun, saya hanya promosikan produk seperti supplement atau makanan tambahan sahaja. Tapi tak apa la, saya okay saja bila netizen kecam atau kritik sebab dah memang masak sangat dengan netizen Malaysia. Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi benda itu tak salah buat saya nak dengar cakap orang lain..”

Terdahulu, Zara ada berkongsikan ulasan produk yang memaparkan pasangan lelaki dan perempuan sedang melakukan aksi mesra di atas katil dengan kapsyen yang dianggap tidak sesuai dipertontonkan kepada masyarakat.

Perkembangan lain, Zara Zya kini sibuk mengusahakan produk sambal yang diberi nama ‘Sambal Mantul’ yang didakwa pelakon Korban Kasih itu merupakan resipi turun temurun arwah neneknya.

Selagi Tak Salah Buat Apa Nak Dengar Orang Cakap Apa.. Zara Zya Minta Rakyat Buka Fikiran Lebih Luas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...