EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Selagi korang tak jumpa kes camni, selagi tu korang takkan tau betapa bahayanya ganja'

0 month ago, 13-Sep-2020


Kanabis atau Ganja adalah sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan. Ia biasa disalahgunakan untuk tujuan relaksasi, dan memberi si pengguna perasaan seronok. Ia juga digunakan untuk aspek perubatan, contohnya bagi mengurangkan sakit dan perawatan paliatif bagi mereka yang mengalami penyakit kanser di peringkat akhir hayat (terminal).

Pada peringkat awal, penggunaan ganja boleh mendatangkan perasaan tenang dan relaks, peningkatan perasaan waspada, penambahan selera makan dan mata menjadi merah. Bila digunakan berpanjangan ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan, lembap dalam berfikir, lambat masa bertindak balas, gangguan daya ingatan, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung meningkat, kebimbangan, perasaan curiga dan sangsi.

Ganja juga boleh menyebabkan tanda-tanda gian jika digunakan pada dos yang tinggi. Gejala-gejala itu termasuk:

  • Kebimbangan
  • Lekas marah
  • Berpeluh
  • Hilang selera makan
  • Kemuraman
  • Gangguan tidur
  • Ganja juga telah dikenal pasti boleh mengurangkan bilangan sperma dan boleh menyebabkan kemandulan.

Ia boleh membuat si pengguna beralih kepada heroin dan menyebabkan ketagihan dan pergantungan. Ia boleh menghasilkan penyakit mental yang serius, seperti penyakit kemurungan dan penyakit paranoid.

Info-info di atas, pasti masih ada yang berpandangan ganja itu selamat. Tetapi pernahkah anda terfikir apa kesannya apabila mengalami ketagihan melampau jika anda menyalahgunakannya yang jelas sekali bukan untuk tujuan perubatan? Pernah terfikir, berapa wang rakyat yang dibelanjakan untuk merawat mereka yang mengalami ketagihan ganja? 

Di bawah, perkongsian pengalaman dari pegawai perubatan yang menguruskan pesakit ketagih ganja sehingga dibuang keluarga. 

NAK ceritalah pengalaman sebenar menguruskan pesakit yang menghisap ganja ini. 

Masa houseman dulu, saya kena jaga satu wad ini. Di situ ada seorang pesakit muda berusia lingkungan awal 20-an. Masuk sebab anti NMDA Right Encephalitis. Pendek kata ada inflammation otak. 

Budak ini stay dengan family dia. Memang family tahu dia hisap ganja tetapi tak boleh nak ditegur. Masa interview dengan family dia pun, memang family dia kata, budak itu ambil ganja SAHAJA. Tak ada bahan terlarang yang lain. Sebab itu diorang pun tak berapa tegas. 

Yela, di fikiran diorang ganja je pun. Memanglah lalok, tapi tak berbahaya seperti syabu, ais - Itulah pemahaman diorang. 

Tahu-tahu satu hari itu, budak itu sawan tiba-tiba. Selepas itu, dia tak sedarkan diri. Saya tahu cerita mula-mula seringkas itu sahaja sebab masa start jaga dia, budak itu dah memang terlantar dekat katil dalam wad, unresponsive.

Saya mula jaga dia semasa di wad neuro medical, bahagian otak tetapi di bawah bidang perubatan. Mula-mula itu memang tak respon langsung dekat orang. Mata je meliar ke kiri kanan. Sawan berapa kali seminggu tak payah kira, sampai saya sendiri dah tahu macam mana nak prepare ubat diazepam - sebab banyak sangat bagi. 

Leher pun kena tebuk untuk letak tracheal tube supaya boleh bernafas. Ubat pun macam-macam bagi. Ubat IVIG, ubah mahal apa benda entah yang saya sendiri pun tak pernah dengar. Semua bagi dekat dia untuk reverse proses inflammation otak dia. 

Tapi memang sampai bila-bila saya tak boleh lupa pengalaman menjaga dia. Kaki dan tangan dia diikat sebab dia menjadi ganas semasa sawan. Dan semakin lama pun makin ganas dan random pergerakan dia (sebab dah beransur pulih).

So kitorang takut dia tarik tiub tekak sebab itu kitorang semua ikat dia dengan badan-badan sekali. Tercabut juga tiub tekak dia tu. Haha! Sampai ke hari ini saya masih berfikir macam mana dia buat? Sebab banyak kali juga tercabut. Saya dah sampai boleh pejam mata buat prosedur pasang tracheal tube baru dalam keadaan steril. 

Budak ini juga satu-satunya pesakit yang saya jaga paling lama. Dua bulan total saya jaga dia. Posting medical saya pun empat bulan sahaja. So kiranya separuh postinglah saya jaga dia. Sebulan dia di wad neuromedical, selepas itu dapat downgrade pergi ke wad lain sebab keadaan dia dah mula okay. 

Kebetulan bila saya habis jaga neuromedical tu, wad baru yang saya jaga itu pun wad yang sama juga dia ditempatkan. Jadi, setiap harilah saya tengok dia. 

Hari-hari saya melihat keadaan dia, sedih, tak terurus. Ibu bapa dia pun boleh dikira dengan jari berapa kali datang melawat. Yang kerap datang adalah adik perempuan dia. 

Hari-hari saya tengok progress dia. Dari terbaring lembik sampai boleh belajar bercakap semula. Sampai boleh minta nak makan itu ini. 

Dua bulan saya menjaga dia, Alhamdulillah dia dah boleh duduk, boleh bercakap sikit-sikit lama-lama tu. Saya pun kalau ada masa, saya berborak juga dengan dia. Selepas ini nak buat apa, pergi mana apa semua. Tapi tak adalah tanya pasal ganja yang dia ambil tu. Takut dia kecil hati pula terkenang ibu bapa yang buang dia disebabkan kes ganja tu. 

Masa last day, saya tanya dia nak makan apa. Saya ingat lagi, dia jawab nak ayam goreng. Mungkin sebab makanan di hospital tak sedap. Hahaha. So saya belikanlah ayam goreng crispy untuk dia dari gerai di seberang hospital. 

Tapi kalau ada makhluk-makhluk yang kata ganja ini tak bahaya semua, memang saya bagi jari tengah la. Rasanya selagi korang tak jumpa kes yang seperti saya tangani ini, selagi itulah kau takkan tahu betapa bahayanya ganja. 

Duit kerajaan habis berpuluh ribu untuk merawat budak itu seorang saja disebabkan ada ubat yang dibeli dari Singapura. Belum cerita hidup kau wasted macam itu saja. Kalau mati, mati katak jela jawabnya. 

Kredit: MAA, myHealth


SUMBER : viralpurba.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...