EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Sekumpulan lelaki Indonesia rakam aksi menunggang penyu yang terancam ketika penyu itu berusaha merangkak ke laut

0 month ago, 11-Jul-2019

Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan orang dewasa dan berumur di pantai Indonesia menunggang seekor penyu laut gergasi yang terancam ditemui di internet.

Menurut Daily Mail, pada hari Jumaat (5 Julai), sekumpulan lelaki warganegara Indonesia itu merakam kelakuan mereka yang menunggang dan mengganggu haiwan itu yang sedang cuba kembali ke laut setelah bertelur di persisiran pantai.

DailyMail

Pada permulaan video, seorang lelaki berusia dirakam sedang duduk di atas cengkerang penyu manakala beberapa lelaki di belakangnya menggalakkan tindakan itu. Seorang lelaki lain pula dilihat berdiri di belakang penyu yang malang itu.

Apabila lelaki pertama bangun, penyu itu dapat dilihat dengan segera cuba bergerak dengan lebih cepat, tetapi tidak lama kemudian seorang lagi lelaki muda duduk di atas penyu itu sambil memakan makanan ringan.

Seorang lelaki lain yang membawa anak kecil juga dirakam menyertai tindakan lelaki itu sekali gus menyeksa haiwan yang terancam itu.

DailyMail

Kemudian, seorang lelaki lain menggantikan lelaki dengan makanan ringan itu sambil duduk di belakang penyu dengan kakinya diletakkan di atas kepala haiwan itu.

DailyMail

Seterusnya, video itu kemudian merakam tindakan seorang lelaki tua lain yang menunggang penyu berkenaan sebelum menarik sirip pendayung penyu itu. Lebih menjijikkan, mereka tidak berhenti-henti ketawa sambil melakukan kekejaman terhadap haiwan yang malang itu.

DailyMail

Apabila penyu itu semakin hampir dengan air laut, seorang lelaki berseluar pendek berwarna kuning mula berdiri di atas kedua-dua sirip pendayung penyu itu sambil menyaksikan keadaan penyu itu yang terseksa untuk bergerak.

Tetapi, walaupun penyu itu akhirnya berjaya kembali ke dalam laut, namun sekumpulan lelaki itu tadi tetap tidak mahu berganjak dan tetap menunggang haiwan itu sambil disorak oleh lelaki-lelaki lain.

Tonton video berkenaan di sini:

Joseph Morris/YouTube

: DailyMail,Joseph Morris/YouTube

Sekumpulan lelaki Indonesia rakam aksi menunggang penyu yang terancam ketika penyu itu berusaha merangkak ke laut Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com