EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sekitar Majlis Hari Jadi Anak Crazy Rich Asian, Tetamu Siap Dapat Hadiah GUCCI

0 month ago, 10-Jun-2021

Siapa yang menonton rancangan realiti Netflix Bling Empire pastinya kenal dengan wanita glamour ini, Christine Chiu nama yang tidak asing dalam dunia kecantikan, fesyen dan golongan sosialit.

Gaya hidupnya yang serba mewah membuatkan wanita ini di buru lensa kamera media, bukan itu saja malah sebarang berita mengenai anak lelakinya Gabriel Jr serta suaminya doktor Gabriel Chiu juga tidak terlepas dari pandangan media.

IKLAN

Dipetik dari Wolipop semasa ulang tahun kelahiran pertama anak lelakinya, Christine dan Gabriel Chiu mengadakan majlis hari jadi yang cukup mewah dan gempak hingga mendapat liputan media dunia.

Parti Hari Jadi Paling Mewah

Foto: www.bizbash.com/
Foto: www.bizbash.com/

Seperti ibu bapa yang lain pastinya mereka ingin berikan yang terbaik untuk anak sendiri bukan? Begitu juga dengan pasangan sosialit ini, Christine dan Gabriel Chiu mengadakan parti hari jadi yang mewah semasa menyambut ulangtahun kelahiran pertama anak mereka pada Jun 2019.

Siap Ada Roller Coaster

Difahamkan demi mengadakan majlis hari jadi bagi menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama untuk anaknya Gabriel Jr atau dikenali sebagai Baby G ini, Christine siap menyediakan mesin permainan video, malah tetamu dihadiahkan goodies bag dengan isinya pelbagai produk daripada Gucci.

Bukan itu saja, seperti roller coaster dan carousel bagi menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis hari jadi anaknya waktu itu, hebat betul kan!

Kehidupan Realiti Crazy Rich Asian Sebenar

Foto Instagram @christine_chiu88

Christine Chui dan keluarga menjalani kehidupan yang serba mewah, dan orang ramai melabelkan ini merupakan gaya hidup sebenar crazy rich asian yang penuh dengan glamor, kemewahan dan elit.

Dari pakaian, aksesori, mainan, kediaman, kereta dan parti hari jadi semuanya cukup gah, membuatkan sesiapa yang melihat menjadi cemburu dengan kemewahan yang mereka miliki.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...