www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sekatan Zionis tak halang 200 ribu Muslim berhimpun tunai Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

0 month ago, 18-May-2019


Hari ini, sudah memasuki fasa kedua umat Islam berpuasa. Ini bermakna lagi setengah bulan masyarakat Muslim akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pada awal bulan Ramadan yang lalu, kita dikejutkan dengan berita serangan yang bertali arus ke atas Palestin oleh tentera Zionis. Serangan udara yang dilepaskan telah mengorbankan beberapa nyawa serta memusnahkan insfrastruktur bangunan.

Tidak lama selepas serangan, gencatan senjata telah dipersetujui antara Israel dan Hamas bagi menghormati bulan Ramadan untuk umat Islam. Walau bagaimanapun, tentera Zionis masih lagi melakukan kawalan ketas di setiap checkpoint di Masjidil Aqsa.

Namun begitu, sekatan yang dibuat langsung tidak melemahkan masyarakat Islam di sana bagi melakukan ibadah apabila dipercayai lebih kurang 200 ribu orang hadir untuk solat Jumaat di Masjidil Aqsa pada hari ini iaitu Jumaat kedua Ramadan .

Minggu lalu, kita dihidangkan dengan khabar pilu apabila umat Islam di negara bergolak itu hilang tempat tinggal dan berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila tentera Zionis membedil kawasan tersebut.

Serangan yang berlaku adalah rentetan daripada seorang tentera Israel yang parah diserang tentera Hamas. Oleh itu, mereka bertindak menyerang kembali tentera Hamas sebagai tanda membela teman mereka.

: IssamRimawi

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts