EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Elak Sekatan Pergerakan Berulang, Sistem Amaran Berisik0 Akan Diperkenalkan KJ

0 month ago, 24-Nov-2021

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan Sistem Amaran Berisik0 Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes C0VID-19 dalam negara.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi sistem tersebut KKM mencadangkan beberapa sektor diperketat sekiranya didapati berlaku peningkatan kes namun ia bukan sekatan pergerakan penuh.

Saya akan umumkan perkara itu termasuk perincian dalam situasi bagaimana sistem ini akan diguna pakai. Mungkin dalam masa seminggu atau dua minggu ini saya akan maklumkan.

Kalau boleh kita mahu elak sekatan pergerakan, sebab sekatan pergerakan ini bukan hanya menggnggu ekonomi tetapi memberi kesan yang lain, kesan kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental, saya rasa rakyat mungkin tidak boleh menghadapi satu lagi sekatan pergerakan,katanya.

Khairy berkata, setakat ini keadaan sistem kesihatan KKM terkawal namun tanda-tanda awal peningkatan kes C0VID-19 sudah ada.

Malah, yang dibimbangkan adalah peningkatan kes yang serius sehingga kemasukan ke hospital terutama kes kritikaI kategori empat dan lima.

Menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, KKM perlu melihat pada corak jangkitan termasuk peningkatan kluster secara ketara.

Sistem Amaran Berisik0 Tinggi yang bakal diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak seharusnya hanya berfokus pada taburan kawasan.

Ujarnya, inisiatif itu termasuk keadaan kelompok-kelompok tertentu di samping angka sedia ada menerusi indikator dalam pengurusan wabak C0VID-19.

“Dan dalam masa yang sama, pemerhatian terhadap pola tingkah laku masyarakat dalam kebanyakan sektor juga perlu diperhatikan dan berleluasa peIanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Saya berpendapat ia juga perlu diberikan perhatian bagi mengelak kemungkinan berlakunya ledakan kes ataupun kluster baharu,” katanya kepada Astro Awani, pada Isnin.

Menurutnya, negara tidak boleh selesa dengan keadaan angka C0VID-19 yang tidak menunjukkan penurunan ketara.

VIDEO:

& video dipetik dari Xtra, Awani & Youtube Awani

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...