EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Madu Sekat Kad Kredit, Rampas Kereta Mewah Suami. Rupanya Suami

0 month ago, 14-Oct-2021

Madu Sekat Kad Kredit, Rampas Kereta Mewah Suami. Rupanya Suami…| Tak dinafikan,banyak dugaan dan perpisahan terjadi dalam kehidupan berpoligami. Terbaru, seorang wanita ada berkongsi pengalaman hitamnya sepanjang bergelar isteri kedua.

Madu Sekat Kad Kredit, Rampas Kereta Mewah Suami, Rupanya Suami...

Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Facebook Page Kisah Rumah Tangga Fans. Menurut wanita ini, dia merupakan isteri kedua si suami dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu selepas mendapat persetujuan isteri pertama.

Hampir 8 bulan melayari bahtera perkahwinan, pelbagai dugaan yang dilaluinya bersama suami. Malah dia juga mendakwa madunya seakan tidak berpuas hati dengan dirinya.

Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini juga mendakwa sangat terkejut selepas pulang dari Langkawi dan mendapati rumah yang didiaminya kosong.Rupa-rupanya madunya yang merangkap isteri pertama si suami telah membawa keluar perabot dari rumah tersebut. Difahamkan, rumah yang didiami wanita ini adalah rumah madunya yang sebelum ini dijadikan homestay.

Tidak berakhir di situ, isteri pertama kemudian menggunakan kuasanya mengambil kereta si suami dan menggantikannya dengan kereta lain. Jelas individu ini lagi, meskipun madunya itu sudah memiliki dua biji kereta tetapi dia tetap mahukan kereta yang digunakan oleh suaminya itu. Individu ini mengakui pelbagai cara yang dilakukan madunya semata-mata mahu dia dan suami berpisah.

: Oh Bulan, Facebook

Madu Sekat Kad Kredit, Rampas Kereta Mewah Suami. Rupanya Suami… KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...