EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sekali Cuba Pasti Nak Lagi! Sos Salted Egg Yolk Dari Luckin Kopi Buat Kamu Ketagih

0 month ago, 20-Nov-2020

Foodies! Wanista tahu mesti ada di kalangan kamu peminat tegar makanan yang mempunyai salted egg yolk kan?

Walaupun trending dan mudah untuk mendapatkannya, tetapi semasa PKPB ini, susah sedikit untuk menikmati hidangan kegemaran anda yang ini pada setiap masa. Tapi jangan risau kerana Luckin Kopi boleh bantu peminat salted egg yolk!

Sering mendapat pujian dan permintaan yang tinggi dalam masakan berasaskan salted egg yolk ini, Luckin Kopi telah memperkenalkan sos pra-pembungkusan Salted Egg Yolk yang membolehkan pelanggannya menghilangkan craving walaupun di rumah.

IKLAN

Foto Arkib Wanista

Sos Salted Egg Yolk ini hanya menggunakan bahan-bahan segar seperti telur masin, cili padi, daun kari dan paling penting tiada bahan pengawet.

Foto Arkib Wanista

Anda boleh gunakannya sebagai pencicah, atau hiasan kerana sos yang serba boleh ini memberi peluang untuk anda bereksperimen dengannya, ujar Alwin Chan, co-founder Luckin Kopi.

Di samping pelancaran Sos Salted Egg Yolk ini, Luckin Kopi juga telah berkolaborasi dengan jenama Woodang iaitu jenama tempatan yang telah mengeluarkan keropok udang berasaskan telur masin.

Foto Arkib Wanista

Keropok udang Salted Egg Yolk oleh Woodang ini menggunakan resepi turun temurun. Jadi untuk lebih kenikmatan, kamu boleh mencuba keropok udang ini dengan mencicah menggunakan sos Salted Egg Yolk daripada Luckin Kopi.

Untuk mendapatkan Sos Salted Egg Yolk dalam bentuk squeeze pouch (100gm) atau jar (220gm) serta keropok udang Salted Egg Yolk daripada Woodang, kamu boleh membelinya di laman web rasmi Luckin Kopi atau di Lazada.

Beli: Luckin Kopi / Lazada



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...