www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sejuta Peluang Pekerjaan : Malaysia Pembekal Pekerja Asing Kepada Negara Lain Bidas Khairy

0 month ago, 14-May-2019


KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat menawarkan peluang pekerjaan di luar negara bukan yang ada di dalam negara.

Malah sinisnya dalam hantaran di Facebook, selepas ini PH akan menjadikan Malaysia sebagai pembekal pekerja asing kepada negara lain pula.

Khairy berkata demikian ketika mengulas mengenai satu laporan portal berita Jepun, Kyodo News, melaporkan bahawa kerajaan PH dijangka akan memeteraikan perjanjian bersama syarikat Jepun bagi menghantar pekerja kolar biru (pekerja dalam bidang pembinaan, perindustrian dan kerja berat) untuk bekerja di negara tersebut.

Mungkin perjanjian kerjasama dengan Jepun inilah langkah PH untuk menunaikan janji manifesto mereka untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih besar.

Cumanya, bukanlah bekerja di Malaysia tetapi di luar Negara, katanya.

Jelas Khairy lagi, rakyat masih belum lupa kempen PH semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu tentang bagaimana 400 ribu rakyat Malaysia yang rata-rata bekerja dalam industri 3D (dangerous, difficult, dirty) berulang-alik antara Johor dan Singapura setiap hari untuk bekerja.

Dalam kempen tersebut, PH bukan sahaja berjanji mewujudkan satu juta malah berjanji untuk menaikkan gaji industri 3D bagi membolehkan golongan ini bekerja dan mendapat pendapatan di negara ini.

Janji sudah dibuat tetapi yang dijanjikan masih belum muncul tiba. Baru-baru ini diumumkan pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk mengkaji sejuta peluang pekerjaan tersebut.

Berjanji tahun lepas, tahun ini baru nak mula mengkaji, bidasnya lagi. – Media UMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts