EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Sejarah Tercipta Di Bawah Kempimpian Jacinda Ardern, Ini Polis NZ Pertama Dengan Uniform Berhijab

0 month ago, 20-Nov-2020

Sejarah tercipta di New Zealand, apabila kempimpinan Jacinda Ardern meluluskan penggunakan pakaian seragam berhijab di kalangan polis muslimah.

Ini untuk meraikan perbezaan kepercayaan agama di negara tersebut.

Dalam catatan Instagram pada 13 November, Polis New Zealand mengumumkan Konstabel Zeena Ali sebagai anggota pertamanya yang memakai hijab yang direka khas sebagai sebahagian daripada pakaian seragamnya.

Zeena Ali memasuki akademi polis sekitar masa berlakuna keganasan Christchurch, pada bulan Mac 2019.

Semasa latihannya di mana dia lulus minggu ini dia diundang untuk mengambil bahagian dalam proses reka bentuk tudung seragam.

Dalam catatan itu, Zeena berkata: Rasa hebat sekali dapat keluar dan menunjukkan imej pakaian hijab sebahagian daripada uniform rasmi polis New Zealand kerana saya berpeluang terlibat dalam proses rekaannya.

Ketika latihan untuk Kolej Polis Diraja New Zeland, staf ada menyediakan makanan halal dan ruang solat.

Ketika saya perlu berenang [semasa latihan] saya boleh memakai pakaian lengan panjang baju renang yang menutup sepenuhnya.

Dengan adanya pakaian hijab polis, memberikan makna yang besar buat wanita, terutama sekali kepada mereka yang sebelum ini terpaksa melupakan hasrat menjadi polis [kerana pakaian polis sebelum ini tidak bertudung] kini lebih ramai mahu menjadi polis.

Ianya sangat hebat apabila polis menyesuaikan agama dan budaya saya.

Saya sangat teruja polis Polis berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri.

Zeena Ali, yang dilahirkan di Fiji dan pindah ke New Zealand ketika masih kecil, berkata kepada New Zealand Herald bahawa serangan keganasan Christchurch membuatnya menyedari bahawa lebih banyak wanita Muslimah diperlukan dalam pasukan polis.

Positive development happening in New Zealand and other world leaders need to learn from Jacinda Ardern .
@nzherald https://t.co/sKujKhLZxr

Karwan (@IamKarwan) November 12, 2020

Sekiranya saya bergabung dengan polis lebih awal, saya pasti akan turun ke sana untuk membantu mereka, katanya.

Di UK, Polis Metropolitan di London meluluskan hijab dalam pakaian seragam pada tahun 2006 dengan Polis Scotland menyusul pada tahun 2016, seperti yang dilaporkan oleh BBC News.

Jurucakap perkhidmatan polis mengatakan bahawa mereka berharap penambahan pakaian seragam akan mewujudkan perkhidmatan yang lebih inklusif.

Dalam satu kenyataan di laman webnya, Perkhidmatan Polis New Zealand mengatakan bahawa mereka memerlukan orang dengan pelbagai kemahiran, latar belakang dan tahap pengalaman.

Kepelbagaian sangat penting agar kita dapat memenuhi keperluan masyarakat New Zealand dengan berkesan sekarang dan di masa depan, tambahnya.

Jacinda Ardern terus menangi hati dunia

Jacinda Ardern terus menjadi tokoh yang dikagumi rakyat New Zealand terutama sekali kaum minoriti.

Jacinda sangat matang dalam menangani krisis serangan masjid di New Zealand dengan melabelnya sebagai perbuatan pengganas.

Gambar Jacinda Ardern, yang memeluk seorang perempuan Muslim setelah serangan masjid di Christchurch menjadi salah satu gambar ikonik dan viaral di seluruh dunia.

PM Ardern dipuji atas tanggapannya yang kuat dan empatinya kepada rakyatnya yang berbilang agama.

Foto tersebut diabadikan sebagai mural di sebuah gudang terkenal Australia, di pinggiran utara Melbourne.

Foto itu juga pernah dibadaikan seketika di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai.

Penyelenggara mural Melbourne mengatakan foto itu telah menjadi sumber toleransi, cinta dan kedamaian di masa-masa sukar mereka ketika itu.

Pelukan penuh [Jacinda Ardern] untuk komuniti Islam, dan pada kenyataannya semua warga New Zealand, sebagai sebahagian dari bukti perpaduan yang tak pernah mampu dipecah-belah oleh kebencian, itu begitu indah dan kuat untuk disaksikan, kata pihak Breathe Architecture.

Jacinda Ardern berterusan mengingatkan rakyatnya agar tidak sesekali menyemai kebencian hanya kerana seorang pengganas.

Ramai memuji Jacinda Ardern yang sekali lagi dianggap menunjukkan kesucian hatinya berkhidmat untuk semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang.

Culture d'inclusivit avance par Jacinda Ardern@francoislegault @yfblanchet @EmmanuelMacron @mbockcote
Un exemple suivre.#Hijab #loi21 #bill21 @alexgauthier92 pic.twitter.com/1AKtLzqpzf

Nabil Ahmad Mirza (@nabilmirza90) November 17, 2020



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...