www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Sejarah umat Islam Uighur mengajar kita wujudnya musuh dalam selimut

0 month ago, 17-May-2019


SEBAHAGIAN kita secara naifnya sering menggangap bahawa musuh yang ingin menghancurkan Islam sekadar Zionis Yahudi yang jauh nun berada di Palestin sana atau sekadar tentera Amerika yang sedang membantai umat Islam di Iraq dan Afganistan. Kita lupa bahawa musuh pun boleh wujud di dalam selimut kita sendiri.

Inilah yang terjadi dalam sejarah hitam umat Islam Uighur di Xinjiang. Mereka bukan diancam daripada pihak luar, tetapi daripada dalam yang bukan setakat berwajah seperti mereka, bahkan yang seagama dengan mereka. Inilah yang disebut sebagai pengkhianat atau al-Quran gelarkan sebagai munafiq.

Antara musuh dalam selimut itu ialah General Ma Bufang. Seorang cina beretnik Hui yang mengaku beragama Islam namun dengan tangannya telah menumpahkan puluhan ribu darah muslim lain. Dia kononnya mengaku Allah sebagai tuhan tetapi meletakkan ketaatan (wala) kepada China (Kuomintang ketika itu) jauh lebih tinggi daripada agama.

Dia bertanggungjawab menyembelih lebih 20,000 umat Islam Kazakhs yang asalnya tinggal di Xinjiang pada tahun 1936. Bahkan sebelum itu, dia bersama seorang lagi pengkhianat iaitu Ma Fuyuan telah membunuh lebih 10,000 muslim Uighur dalam peperangan Kashgar 1934.

Image may contain: 2 people

Setelah komunis menawan China, dia telah mendapat perlindungan daripada Mesir dan Saudi Arabia untuk tinggal di sana. Ini menunjukkan bagaimana negara tersebut menyokong kekejaman yang dia lakukan pada muslim lain dan mereka ini hakikatnya di atas satu kapal yang sama serta saling melindungi satu sama lain.

Sejarah yang berlaku ini sepatutnya mengajar kita bahawa janganlah kita naif dalam mengenali mereka yang bercita-cita merosak serta menghapuskan Islam. Musuh yang lebih bahaya adalah mereka yang berpakaian seperti kita, bercakap seperti kita bahkan beragama seperti kita namun tindak tanduknya tidak ubah seperti musuh yang setiap masa ingin memadamkan cahaya kebenaran ini. Mereka memetik al-Quran, hadis, hujah ulama namun yang dimahukan adalah runtuhnya Syariat ini.

Kelompok inilah yang Dr Ahmad Raisuni sebutkan: Tujuan sebenar mereka mempergunakan maqasid,ijtihad serta tajdid di sisi mereka hanyalah mahu menghapuskan syarak lalu menjadikan perkara yang halal tidak kekal halal dan yang haram tidak kekal haram (Muhadorot fi Maqasid alsyariah, Darul Salam m/s 116)

Ambillah pengajaran wahai orang-orang yang berakal.

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
12 Ramadan 1440H

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)




SUMBER : indahnyaislam.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts