EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Sejarah 9 Darurat Di Malaysia Yang Tak Ramai Tahu

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Kepada pembaca Rileklah yang tidak tahu, pada hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang akan dilaksanakan sehingga 1 Ogos. Ini merupakan salah satu langkah proaktif bagi membendung COVID-19 di Malaysia. Tapi korang tahu tak ini sebenarnya merupakan darurat ke-9 di Malaysia? Jom lihat sejarah darurat di negara kita:

 

1) Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

Darurat pertama ini telah diisytiharkan oleh British di Malaya (Semenanjung Malaysia) dari tahun 1948 hingga 1960. Ianya merupakan salah satu inisiatif bagi menangani pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). 

 

2) Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)

Darurat yang diisytiharkan akibat konflik dari penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat pengisythiharan tersebut apabila tentera Indonesia ceroboh masuk ke sempadan Malaysia.

 

3) Darurat Sarawak (1966)

Darurat ini terjadi apabila krisis politik yang melibatkan Kerajaan Persekutan dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan berlaku. Darurat ini diisytiharkan pada 14 September 1966.

 

4) Rusuhan Kaum 13 Mei (1969)

Peristiwa 13 Mei yang menjadi sejarah hitam dalam hidup rakyat Malaysia sehingga ke hari ini. Rusuhan tersebut berlaku selepas pilihan raya umum 1969. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan setelah parlimen digantung bagi mengembalikan kestabilan dan keamanan negara.

 

5) Darurat Kelantan (1977)

Darurat yang berlaku akibat krisis politik yang melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasir. Sultan Kelantan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra mengisytiharkan darurat tersebut pada 8 November 1977. 

 

6) Darurat Jerebu (1997, 2005, 2013)

Darurat juga boleh diisytiharkan apabila jerebu melanda negara Malaysia. Darurat jerebu pernah diisytiharkan di beberapa negeri pada tahun yang berbeza iaitu di Sarawak (1997), Klang (2005), dan Muar & Ledang (2013). 

 

7) Darurat Parlimen Batu Sapi (2020)

Berikutan dengan wabak COVID-19, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi pada 18 November 2020 sekaligus mengekang dan membatalkan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan tersebut.

 

8) Darurat Parlimen Gerik Dan DUN Bugaya (2020)

Satu lagi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun lepas bagi membatalkan PRK  di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah pada 16 Disember 2020.

 

9) Pengisytiharan Proklamasi Darurat (2021)

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021 bagi membendung wabak COVID-19.

 

: Berita Harian



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...