www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


2 Maut Sehari Dalam Perjalanan Pergi-Balik Kerja

0 month ago, 13-Feb-2019


Feb 13, 2019
0

KUALA LUMPUR – Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Ia menunjukkan penurunan berbanding 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama, katanya.

“Ini bermakna setiap hari purata 2 orang yang pergi kerja tidak pulang semula ke rumah akibat terlibat dalam kemalangan maut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada institusi dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 2019, hari ini.

Bagaimanapun, kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu 35,195 berbanding 33,319 pada 2017 dengan kira-kira 74% daripada kemalangan itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Oleh itu, kita berharap lebih banyak pihak bekerjasama dengan Perkeso melaksanakan program kesedaran kepada golongan pekerja, kita tidak kisah naikkan peruntukan bantuan kewangan asalkan program yang dijalankan memberi kesan positif dan boleh mengurangkan kes kemalangan pergi-balik kerja,” katanya.

Mahfuz berkata, pada tahun ini Perkeso memperuntukkan Geran Bantuan Kewangan kepada 33 institusi dan NGO yang membuat permohonan melibatkan jumlah RM4,643,463.30.

Ia merangkumi 280 program seminar atau kursus, 225 program pencegahan kemalangan perjalanan, 87 khidmat runding cara, 2 program penyelidikan dan pembangunan serta 2 penerbitan video promosi.

Antara institusi dan NGO yang menerima peruntukan itu ialah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Mahfuz menambah aktiviti pencegahan pada tahun ini juga akan memberi tumpuan kepada pencegahan dalam kalangan golongan pekerja muda serta pekerja asing yang juga pencarum Perkeso mulai 2019. – BERNAMA

Loading...

Artikel Berkaitan




SUMBER : mynewshub.tv


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts